Hamba Iblis

2,939 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

Open list
6 submissions already

#5 Hamba Iblis – Bab 5

Daripada sinaran bulan yang sedang mengambang penuh, Pak Harun dapat melihat dengan jelas rupa lembaga berkenaan. Matanya putih, daging pipinya dimakan ulat, tubuh badannya menggerutu seperti katak dan kuku kaki dan tangannya panjang seakan membelit tubuhnya sendiri.

Pak Harun mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tak sanggup dia melihat rupa lembaga berkenaan. Lembaga yang baru sebentar tadi menghisap darah di ibu jari kaki kirinya yang menandakan lembaga itu akan mengikutnya sampai bila-bila.

“Anak ini terlalu malu untuk berdepan dengan orang ramai. Oleh itu, dia tidak akan dilihat oleh orang lain. Hanya kau seorang yang boleh melihatnya. Kau mesti selalu menutup tubuhnya kerana dia tidak suka orang melihatnya.” Kata lelaki tua tersebut apabila melihat Pak Harun memalingkan mukanya.

“Janganlah kau ceritakan keadaannya kepada orang lain. Walau betapa buruk dan hodohnya dia, dia tetap ‘anak’ kamu,” lelaki tua itu menyambung kata-katanya bila Pak Harun terus diam.

Pak Harun memandang kembali wajah ‘anak’nya. Dia bangun lantas mencapai kain putih yang dilucutkan oleh lelaki tua tadi lalu menutup semula tubuh lembaga hodoh yg kini telah menjadi ‘anak’nya.

“Tok pulang dulu. Sekarang bawalah anakmu ini pulang dan jagalah dia baik-baik jika kamu mahu dia menjaga kamu baik-baik,” pesan lelaki tua itu lagi dan Pak Harun mengangguk perlahan.

Entah dari mana datangnya semangat baru di dalam dirinya utk menjaga ‘anak’ itu sepertimana yang disuruh oleh orang tua tadi.

Pak Harun melangkah pulang ke rumah sementara ‘anak’nya terbang melayang di udara mengikut perjalanan Pak Harun.

Setibanya di rumah, anak dan isterinya sudah lena dibuai mimpi. Pak Harun segera ke bangsal buruk di bawah rumahnya. Di situ, dia mengemaskan serba sedikit tempat yg kotor dan berdebu itu.

Dahulu, bangsal itu digunakan untuk menyimpan padi tapi sekarang padi terus dihantar ke rumah ketua kampung. Oleh itu, bangsal itu tidak pernah dijenguk oleh sesiapapun sejak empat lima bulan yang lepas.

Tak sampai setengah jam, Pak Harun keluar dari bangsal itu dan mendapatkan ‘anak’nya yang mundar mandir di luar bangsal.

“Sekarang aku akan panggil kamu Awang. Kau mesti dengar dan patuh pada kata-kata aku. Mulai sekarang, di sinilah tempat kau. Jangan keluar dari sini tanpa kebenaran aku.” Kata Pak Harun seolah-olah memberi arahan kepada anak kecil. Dan lembaga kain putih tu pun mengangguk kepala menandakan faham dgn peraturan ‘ayah’nya.

Setelah menguncikan bangsal tersebut, Pak Harun segera masuk ke rumahnya dan membersihkan dirinya yang berpeluh-peluh kerana kejadian tadi.

Setelah selesai membersihkan diri, Pak Harun duduk termenung di tepi tingkap. Dibukanya daun tingkap. Dia tersenyum sambil menarik nafas panjang.

Jauh di sudut hatinya, dia terasa keinginan dan cita-citanya untuk menjadi seorang yang kaya raya dan disegani ramai, bakal terkabul. Pak Harun tak peduli apa cara untuknya menjadi kaya raya asalkan dia dapat menutup mulut orang kampung yang selalu menghinanya kerana tak mampu membahagiakan kehidupan isteri dan anaknya.

Pada waktu-waktu begini, semua umpat keji org kampung terhadap dirinya akan dinilai semula. Pak Harun berjanji pada dirinya sendiri, dia akan membalas dendam kepada mereka yang menghinanya selama ini. Malam itu, buat julung kalinya, Pak Harun tidur lena.

Bersambung…


Berjayakah cita-cita Pak Harun untuk menjadi seorang hartawan lagi kaya? Klik NEXT di bawah untuk mengetahui keberhasilan Pak Harun dengan Awang.

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...

32 points
Upvote Downvote