Hamba Iblis

2,745 Views in
Embed MakerStory MakerList MakerContent AuthorYears Of Membership

Open list
6 submissions already

Karya : Farizal Radzali

#1 Hamba Iblis – Bab 1

Pak Harun masih lagi duduk berjuntai kaki di dangau. Matanya merenung jauh ke tengah sawah. Sesekali dia menggelengkan kepala. Lagaknya seperti orang yang dilanda masalah sebesar gunung.

Nun jauh di tengah sawah, kelihatan Mak Esah, isteri Pak Harun terbongkok-bongkok menanam anak padi di dalam petak sawah.

“Apa yang ayah menungkan tu?”

Tiba-tiba menungan Pak Harun diganggu dengan teguran anak gadis tunggalnya, Haryati.

Haryati duduk di sebelah ayahnya sambil matanya turut memandang ke arah ibunya yang masih asyik menanam anak padi di tengah sawah.

“Apa yang ayah menungkan tadi? Sampai Ati panggil pun ayah tak dengar,” tanya Haryati lagi apabila soalannya tidak diendahkan.

“Takde apa Ati. Ayah cuma letih mengerjakan sawah padi ni,” jawab Pak Harun bena tak bena. Haryati diam.

Haryati bangun dari duduknya, melangkah ke tebing sawah.

“Mak, berhentilah dulu. Ati ada bawa makanan ni. Marilah kita makan sama-sama,” jeritnya sambil melambai-lambaikan tangan ke arah Mak Esah.

Mak Esah berhenti dari keasyikan bekerjanya dan membalas lambaian Haryati. Dia melangkah perlahan-lahan di atas batas menuju ke dangau.

“Apa abang buat kat sini? Kan bagus kalau abang tolong saya tanam anak.padi tu? Boleh cepat sikit siapnya,” bebel Mak Esah sebaik saja sampai di dangau. Pak Harun diam, macam tak dengar apa-apa.

Haryati memandang ayahnya.

“Tapi ayah kata tadi, dia dah penat mengerjakan sawah padi ni?” Tanya Haryati kehairanan.

“Tak tahulah mak ni Ati oi… Dari pagi tadi ayah kamu duduk kat sini sambil termenung. Mak panggil pun dia buat tak tau je,” bebel Mak Esah lagi sambil membasuh tangannya. Pak Harun tidak bersuara sepatah pun. Mak Esah pun akhirnya diam bila kata-katanya tak diendahkan oleh Pak Harun. Dia menjamah pisang rebus yang masih panas, dicicah dengan kelapa parut yang dicampur dengan gula amat menyelerakan sambil ditiup angin bendang.

Pada malam tu, Pak Harun terus gelisah seperti malam-malam sebelumnya. Dia memandang ke arah Mak Esah yang tidur lena di sebelahnya. Entah kenapa sejak kebelakangan ni matanya terlalu sukar untuk dilelapkan.

Fikirannya asyik teringat kepada lelaki tua yang dijumpainya ditepi belukar di belakang rumahnya senja khamis lepas. Kata-kata lelaki tuan tu masih terngiang-ngiang di telinga Pak Harun.

“Tok tahu, kau ingin jadi kaya. Tok tahu, hidup kau susah dari dulu hingga sekarang walaupun kau dah bekerja keras seumur hidup kau. Tok boleh ubah hidup kau. Percayalah kata-kata tok ni,” kata lelaki tua tu.

Pada pengamatan Tok Harun, lelaki tua tu sudah menjangkau usia 100 tahun. berdasarkan kepada wajahnya yang kelihatan sangat tua, kulit yang hitam dan berkedut seribu, rambut dan jambang yang sudah putih keseluruhannya, tubuhnya kurus hingga kelihatan urat-urat tersembul di bawah kulitnya dan tangannya yg menggeletar sambil memegang tongkat rotan yang mengiringinya berjalan.

Pak Harun memandang orang tua itu dgn wajah penuh tandatanya. Pak Harun adalah penduduk asal di situ tapi seumur hidupnya yang dah lebih dari setengah abad tu tak pernah lagi melihat orang tua tu di kampung ni.

“Janganlah kau ragu-ragu anakku. Tok juga manusia biasa macam kamu. Tok takkan apa-apakan kamu. Tok cuma nak bantu kamu. Tok tak bantu sesiapa saja. Tok hanya memilih yang betul-betul layak untuk dibantu. Tok dah lama perhatikan kamu. Tok tahu kamu seorang yang rajin, cuma nasib tak menyebelahi kamu lagi. Mungkin Tok boleh mengubah nasib kamu dan keluarga kamu.” Kata orang tua tu lagi.

“Siapa Tok ni? Saya tak pernah tengok Tok kat kampung ni. Tok orang baru kat sini? Tok tinggal di mana?” Tanya Pak Harun setelah terdiam lama.

“Siapa Tok, itu tak penting. Tok hanya muncul di tempat org yang memerlukan sahaja. Yang penting, fikirkan kata-kata Tok. Pada malam Jumaat depan Tok datang lagi di sini. Jika kamu mahu Tok membantu kamu, jumpalah dengan Tok di sini selepas pukul 11 malam.” Pesan orang tua tu sebelum dia melangkah pergi, masuk ke dalam belukar, meninggalkan Pak Harun yg masih termangu-mangu di situ.

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...

32 points
Upvote Downvote