in

Ada Apa Dengan Kosong?

Story Maker

KOSONG

Pernah rasa kosong? Kosong yang macam mana? Kosong yang dah tak ada apa-apa perasaan? Macam dah tak ada jiwa? Atau macam dah rasa lost? Bagi saya ‘kosong’ dalam diri seseorang tu berbeza-beza. Perasaan tu bergantung pada empunya hati tu sendiri.

Pernah saya tanya seorang sahabat.

“Pernah rasa kosong?” “Pernah.” “Macam mana rasa tu?” “Rasa macam useless, rasa semua benda dah tak penting, tak ada nilai, rasa macam hidup sia-sia. Sampai rasa nak terus jumpa Dia. Buat apa hidup, kalau dunia ni dah tak ada apa-apa.”

Ada satu lagi jawapan pada soalan saya yang sama.

“Aku rasa jiwa aku kosong bila aku dah penat dengan ujian yang aku hadap. Aku rasa aku dah tak mampu nak selesaikan masalah dalam hidup aku.”

“Rasa tak ada guna aku usaha, sebab nanti akhirnya bukan kebaikan yang aku dapat. Sampai aku terfikir KENAPA takdir aku macam ni? KENAPA ujian Allah bagi kat aku macam ini? KENAPA bukan orang lain yang dapat ujian ni? KENAPA aku?”

Gambar sekadar hiasan

Ini antara jawapan yang saya boleh satukan dan simpulkan rasa kosong itu hadir bila seseorang merasakan diri dia tak berguna, dan bila seseorang tu dah futur, putus asa dengan ujian yang menimpa dia.

Tipulah kalau saya kata saya tak pernah merasai ‘perasaan’ ini. Saya bukanlah manusia yang perjalanan hidupnya sentiasa lurus dan berwarna warni.

Perjalanan saya ada simpang siurnya, dan dengan baki semangat yang ada ini, saya usaha luruskan jalan saya dan hias ia dengan warna-warna ceria kehidupan dan bukan dengan liku-liku kepahitan.

Sumber: Giphy

Sebelum ini saya pun diuji dengan banyak masalah. Mulanya satu masalah, kemudian satu masalah lagi, kemudian bertambah lagi, sampailah satu masa, masalah itu datang mencurah-curah seperti air hujan!

Cuba positifkan diri, cuba bersangka baik, doa, solat, mengaji, zikir, tapi entah. Saya tak rasa tenangnya, tak rasa mudah urusan saya sehari-harian, saya tewas dengan nafsu amarah sendiri, saya sakitkan hati orang sekeliling, saya rasa kusut, serabut, sampai saya sendiri penat dengan diri saya.

Penat dengan semua masalah yang entah bila akan jumpa titik penghujungnya. Sampai satu masa saya dah tak peduli perasaan orang lain, saya tak peduli dengan tanggungjawab saya, saya dah heartless.

Dalam masa yang sama juga rasa itu bermula, saya dah mula rasa kosong! Semua yang saya buat rasa sia-sia. Sehinggakan saya seakan-akan mengeluh dan ‘terasa’ dengan Dia, sama seperti sahabat saya, saya jadi tertanya-tanya “KENAPA AKU?”

RUMAH KOSONG

Gambar sekadar hiasan

Sehinggalah satu hari saya terjumpa satu analogi yang buat saya tersentap!

Bayangkan ada seseorang hadiahkan sebuah rumah yang besar, cantik, kedudukannya strategik, dan yang penting percuma! Cuma perlu cuci kaki dan terus tinggal dalam rumah tu. Tapi sayang, rumah tu kosong, jika anda, apa yang anda akan buat? Saya?

Sudah tentu lah saya akan terima hadiah itu, hias setiap sudut rumah mengikut citarasa saya, beli perabot, cat dinding dengan warna-warna kegemaran, pasang langsir, siapkan semua kemudahan dan keperluan supaya saya dapat tinggal dengan aman dan tenang.

Nah! samalah dengan hati yang tadinya rasa kosong disebabkan lelah dengan ujian yang tak henti-henti menyinggah. Dia, Allah S.W.T bagi ujian-ujian tu, bukan bermaksud Allah dah tetapkan itu pengakhiran kebahagiaan kau.

Tapi, itu adalah satu turning point untuk kau corak dan pilih isi hati kau yang kosong tu. Jadi, rasa kosong yang kau rasa tu, sebenarnya adalah permulaan dan pilihan kau. Kau mula buat pilihan nak isi hati ‘kosong’ tu dengan isi yang baik-baik atau isi hati dengan yang sebaliknya. Itu semua pilihan kau.

TEGURAN

Allah bagi ujian dan masalah untuk saya, kamu, dan mereka yang lain dengan ujian yang takkan pernah sama. Hatta sama sekalipun, situasinya tentu sekali berbeza. Bersangka baiklah dengan Dia yang Maha Penyayang, Maha Pengampun.

Andai ujian itu datang tatkala kau leka dan alpa, itu adalah teguran dari Dia untuk kau. Ingatlah, Allah itu Al-Ghaffar. Dia Maha Pengampun dosa hamba-hambaNya.

Gambar sekadar hiasan

Andai ujian itu datang tatkala kau rasa kau dah bersih dari dosa, mohon ampun dan ingatlah Allah itu Ar-rahim. Dia Maha Penyayang. Tidak akan diberi ujian itu melainkan sebagai peringatan.

Ujian itu bukan pengakhiran kebahagiaan, Ujian itu teguran yang menghubungkan kau dengan Tuhan.