in

Pengeluaran tandan buah segar Felda mengatasi purata kebangsaan

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Pengeluaran tandan buah segar (FFB) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melebihi purata kebangsaan sebanyak 20 tan sehektar, kata Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.

“Ramai yang berkata tuaian kami rendah, ia tidak benar. Kami masih belum setanding dengan syarikat lain, tetapi FFB kami adalah lebih tinggi daripada purata kebangsaan,” katanya kepada pemberita pada taklimat khas di sini, hari ini.

Megat Zaharuddin berkata, agensi kerajaan menetapkan sasaran pengeluaran 24 tan sehektar pada asas tahunan untuk industri perladangan.

“Cabaran kami adalah bekerja rapat dengan peneroka supaya dapat mencapai sasaran 24 tan secepat mungkin. Jika kita dapat memperbaiki FFB satu tan sehektar bayangkan perolehan yang akan diterima,” tambahnya.

“Mana-mana syarikat yang boleh mencapai sasaran ini secara mampan akan berada dalam keadaan yang baik tidak kira berapa harga minyak sawit mentah (MSM),” jelasnya

Harga fizikal MSM untuk September adalah RM2,170 setan pada Rabu.

— BERNAMA