in

Pembunuh kucing direman empat hari

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

SELAYANG: Mahkamah Majistret Gombak membenarkan dua suspek yang dipercayai membunuh kucing bunting secara kejam dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di kedai dobi di Taman Gombak Ria direman selama empat hari.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Izzah Hassan bermula hari ini hingga 17 September.

Terdahulu dua daripada tiga lelaki yang diburu polis sejak beberapa hari lalu itu ditahan awal pagi ini oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Samsor Maarof berkata, suspek ditahan di sekitar Gombak.




  • What do you think?

    9 points
    Upvote Downvote