in

Pembunuh Bill Kayong ke tali gantung, seorang lagi masih bebas

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

MIRI: Mahkamah Tinggi Miri hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohamad Fitri Pauzi, 31 tahun, selepas didapati bersalah membunuh Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Miri, Bill Kayong, dua tahun lepas.

Hakim Ravintharan N. Paramaguru petang tadi menjatuhkan hukuman tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kayong ditemui mati dibunuh di lampu isyarat persimpangan Emart Tudan, Jalan Kuala Baram Bypass pada 21 Jun 2016.

Seramai 28 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang prosiding berlangsung sejak Mac tahun lalu.

Pada 6 Jun tahun lalu, hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie terhadap Mohamad Fitri dan dipanggil untuk membela diri.

Pada masa yang sama, tiga tertuduh lain iaitu Lie Chang Loon, Chin Wei Chung dan Datuk Stephen Lee Chee Kiang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat melakukan jenayah tersebut.

Ketiga-tiga mereka pada awalnya didakwa bersekongkol, dengan mengarahkan Mohamad Fitri dan seorang lagi lelaki lain yang masih bebas untuk membunuh Kayong.

Kayong dipercayai ditembak mati pada jarak dekat jam 8.30 pagi ketika sedang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux menuju ke pejabat.

Beliau ditembak dari sebelah tingkap pemandu di bahagian leher dan ditemui mati sekitar jam 9.20 pagi.




  • What do you think?

    0 points
    Upvote Downvote