in

Pelarian Kachin di Malaysia hantar surat terbuka kepada Presiden Myanmar

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Pelarian Kachin di Malaysia hari ini menghantar surat terbuka kepada Presiden Myanmar U Win Myint, meminta beliau menghentikan pencabulan hak asasi manusia terhadap masyarakat Kachin.

Presiden Jawatankuasa Pelarian Kachin Malaysia, Htu Lai Magawng berkata surat tersebut dihantar melalui Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur dan telah diterima seorang pegawai kedutaan.

Menurut Lai Magawng, hari ini (9 Jun, 2018) menandakan bermulanya serangan tentera Burma ke atas Kachin tujuh tahun lalu dan sejak itu, etnik minoriti Kachin menjadi sasaran kempen genosid mikro.

Beliau berkata dalam surat terbuka itu, pelarian Kachin di Malaysia mahu Win Myint menunaikan janjinya untuk menghalang pencabulan hak asasi manusia dengan menghentikan serangan tentera ke atas minoriti ethnik di wilayah asal, Kachin.

Dalam surat tersebut, jawatankuasa yang mewakili kira-kira 9,000 pelarian menggesa Win Myint untuk menegakkan ikrar presiden bahawa lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk mencegah pelanggaran hak asasi manusia.

Konflik yang semakin meruncing di Kachin menyebabkan lebih 100,000 orang awam kehilangan tempat tinggal, kebanyakan komuniti berada dalam keadaan tidak berperikemanusiaan dan menyebabkan kehilangan awam dari kalangan otrang awam, kerosakan harta benda dan kehidupan.

— BERNAMA