in

Pelancong warga asing lemas di Pulau Perhentian Kecil

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

BESUT: Seorang pelancong lelaki daripada Afrika Selatan Magiet Mogamat Saaid ditemui mati lemas dekat Pulau Perhentian Kecil semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mayat Magiet, 66 tahun, daripada Cape Town ditemukan 12.30 tengah hari dan dipercayai mengalami serangan jantung ketika melakukan aktiviti menyelam bersama tiga rakannya berdekatan Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil.

Mangsa dikatakan telah berada di pulau terbabit sejak 13 Julai lepas.

Sementara itu, mayat seorang guru wanita daripada Kelantan dikenali sebagai Eliza Nurhidayah Mohd Rajali, 35 tahun, pula ditemui orang awam di tepi pantai Flora Bay, Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar hari ini.

Mangsa telah mengunjungi pulau berkenaan bersama beberapa anggota keluarga termasuk suaminya dua hari lepas dan keluar bersendirian awal pagi tadi untuk mandi manda di laut.

— BERNAMA




  • What do you think?

    -1 points
    Upvote Downvote