in

Pelajar Malaysia Menang Pertandingan Nuklear Antarabangsa Di Korea

Community ModeratorYears Of MembershipVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory Maker

SEOUL: Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK Kuala Besut) telah mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam Pertandingan Akhir Projek Nuklear di Gyeongju, Korea Selatan.

Kemenangan ini disambut baik oleh Rusia dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa kini bersedia untuk menawarkan peluang latihan dan pekerjaan kepada pelajar terbabit pada masa akan datang.

Ketiga-tiga pelajar tersebut adalah, Muhammad Syazwan Mat Sidik, 19 tahun; Muhammad Anuar Abd Ghani, 19 tahun, dan Safyyah Muhammad Nasir, 18 tahun dan guru, Wan Zul Azri Wan Mohd Shatar.

Malaysia terpilih antara lima negara ke peringkat akhir Pertandingan Projek Nuklear yang akan berlangsung di Gyeongju pada hari ini.Menurut Ketua Bidang Sains Matematik SMK Kuala Besut, Faizul Abd Rahman, pasukan itu membeli tapak di Google Apps dengan memasang aplikasi NBEST yang dapat dimuat turun

“Usaha itu berkonsep ‘i-clear about nuclear’ di mana masyarakat dapat lebih memahami mengenai tenaga nuklear dan keperluannya dalam kehidupan,” kata Faizul.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menerusi kenyataan Facebook telah mengucapkan tahniah kepada pelajar dan guru terbabit.

30Mei2018Alhamdulillah syukur kpdMu ya Allah.Mndapat pekhabaran gembira dari Korea..Tahniah kpd Pelajar dan Guru SMK…

Posted by Tengku Zaihan on Wednesday, May 30, 2018

“Pelajar terbabit terpilih mewakili negara untuk bersaing dengan pelajar dari 300 sekolah di seluruh dunia.

“Mereka mengetengahkan tema mengenai kebaikan kuasa nuklear dengan tajuk persembahan ‘100 things about Nuclear Science And Life” (100 perkara mengenai Sains Nuklear dan Kehidupan).

“Mereka sememangnya berminat dalam bidang nuklear dan menyertai pertandingan berkenaan selepas mendapat tahu Agensi Nuklear Malaysia membuka penyertaan kepada sekolah-sekolah seluruh negara pada pertengahan tahun lalu,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut.

Katanya lagi, apa yang lebih membanggakan adalah SMK Kuala Besar hanya sekolah menengah biasa yang terletak di luar bandar di perkampungan nelayan, tetapi mampu terpilih mewakili negara untuk bertanding di peringkat dunia.