Poll MakerStory MakerYears Of Membership

in ,

Panel 2 SBI’08 : Jufitri Joha (Tokoh Belia ASEAN 2018)

Slot 3 | Peranan Belia dalam Mendepani Wacana Malaysia Baharu

Encik Jufitri bin Joha.

Beliau merupakan antara pembentang utama pada Seminar Belia & Intelektual 2018.

 

Siapakah beliau? Anda kenal?

Jufitri Joha bukanlah nama asing dikalangan aktivis belia negara. Anak muda kelahiran Rembau yang bertubuh kecil dan berperwatakan sederhana ini mempunyai aura yang tersendiri.

 

Bersama saudara Musa Nuwayri sewaktu misi kemanusian pelarian Syria di Jordan.
Bersama saudara Musa Nuwayri sewaktu misi kemanusian pelarian Syria di Jordan.

 

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UIAM dan MA in Community and Youth Work di Universiti Durham iaitu penerima biasiswa berprestij Chevening, United Kingdom dan kini sedang menyiapkan penyelidikan doktor falsafahnya.

Pernah memegang jawatan Naib Presiden ABIM dan kini Naib Presiden Majlis Belia Malaysia. Kecintaan beliau pada kesukarelawanan dan intelektualisme ini bermula sejak dari zaman sekolah menengah, universiti  hinggalah beliau berkhidmat.

 

 Persidangan Komanwel kali ke-3 Mengenai Kerja Belia yang berlangsung di Malta pada 5 – 8 November 2018
Persidangan Komanwel kali ke-3 Mengenai Kerja Belia yang berlangsung di Malta pada 5 – 8 November 2018

 

Terkenal dengan gaya hidup yang sederhana sebagai aktivis belia yang begitu ‘passionate’ dengan aktivisme dan intelektualisme kebeliaan, beliau sentiasa menjadi rujukan oleh ramai pihak dan institusi di peringkat nasional dan antarabangsa

“>Anak muda ini juga adalah seorang yang peminat tegar buku dan sentiasa terkehadapan dari sudut idea dan pemikiran. Beliau telah diisytiharkan Penerima Anugerah Tokoh Belia Kebangsaan dan Tokoh Belia ASEAN sebagai bukti pengiktirafan kepada ketokohannya.

 

Bersama Menteri Belia & Sukan Negara, Yb Syed Saddiq di Majlis Perundingan Belia Negara.
Bersama Menteri Belia & Sukan Negara, Yb Syed Saddiq di Majlis Perundingan Belia Negara.

Antara perkongsian menarik daripada beliau

Anda ingin tahu siapa dan biografi panel hebat yang lain?

Panel 1 SBI’18 : Dr Farid Shahran (Pegawai Akademik IKIM)

Panel 3 SBI’18 : Faridh Omar (Exco Dakwah Abim)