in

Orang Mesir Cat Keldai Supaya Jadi Kuda Belang. Kenapa Keldai Bukan Kuda?

Story Maker

Sebuah zoo di Mesir telah menukar keldai kepada kuda belang dengan mengecat keldai tersebut dengan belang hitam putih. Keldai dapat dikenalpasti dengan telinga yang panjang dan tajam, serta mempunyai rangka badan yang kecil.

Bagaimana pengunjung dapat tahu yang “kuda belang” itu adalah keldai? Hal ini dapat dikesan apabila cat belang hitam putih di muka binatang tersebut telah luntur. Kantoi!

Mahmoud Sarhan, seorang pelajar Mesir, merupakan pengunjung yang telah membongkar muslihat itu dengan memuat naik gambar beliau dengan binatang itu, sejurus selepas melawati zoo tersebut.

Apa yang membezakan lagi antara keldai dan kuda belang? Keldai mempunyai muncung hidung berwarna kelabu manakala kuda belang mempunyai muncung hidung berwarna hitam.

Walaubagaimanapun, pihak zoo Mesir tersebut telah menafikan segala berita buruk yang telah dilemparkan kepada mereka. Mereka juga bertegas bahawa kudang belang tersebut adalah asli.

Ini bukan kes yang pertama. Di Gaza, dua ekor keldai juga telah dicat bagi menyerupai kuda belang. Hal ini kerana kuda belang adalah susah diimport dari luar disebabkan oleh sekatan daripada Mesir dan Israel.

Tetapi, pemilik zoo di Gaza tidak merahsiakan aktiviti tersebut kerana dia ingin menunjukkan kepada kanak-kanak Gaza tentang kehidupan di sebalik sempadan Gaza.