in

Nikah budak 11 tahun: Pasangan diminta hadir di mahkamah

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KOTA BHARU:Pasangan pengantin 41 dan 11 tahun yang tular di laman sosial Facebook sejak semalam diminta tampil ke Mahkamah Syariah bagi melakukan pendaftaran perkahwinan.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata sekiranya benar berlaku akad dan nikah sama ada di dalam atau luar negara, maka pasangan itu perlu hadir mendaftarkan perkahwinan mereka di mahkamah berkenaan.

“Dari segi hukum syarak sekiranya dipersetujui wali, pernikahan boleh berlaku dalam usia seawal enam tahun atau sudah baligh, namun di sisi undang-undang negara ini tetap salah kerana pasangannya belum mencapai usia 18 tahun.

“Tidak ada rekod mereka mendapat kebenaran dari mahkamah dan sudah melakukan kesalahan di sisi undang-undang negara kerana berkahwin dengan kanak-kanak tanpa kebenaran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, tadi.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, sekiranya pasangan pengantin dan perempuan berusia 18 tahun ke bawah mendapat kebenaran Mahkamah Syariah, mereka boleh berkahwin kerana undang-undang Islam membenarkannya.

“Perkahwinan kanak-kanak bawah umur hanya boleh berlaku dengan berwalikan bapa dan sebaliknya tidak boleh berwali hakim sebagai tanda ibu bapa bersetuju dengan perkahwinan mereka.

“Pun begitu, pesalah boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara kerana menyalahi Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 kerana berkahwin dengan kanak-kanak tanpa kebenaran,” katanya.




  • What do you think?

    2 points
    Upvote Downvote