in

Najib Razak gagal dapat perintah larangan

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak perintah larangan (gag order) untuk pihak awam membincangkan merit kes pecah amanah dan menyalahguna kuasanya terhadapnya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan oleh peguambela Najib, Tan Sri Mohd Shafee Abdullah dan hujahan balas Timbalan Pendakwaraya, Datuk Mohd Hanafiah Zakaria.

Pada 4 Julai lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan dibuat bagi melarang media melaporkan kes pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa yang dihadapinya.

Ketika membuat keputusan itu, Mohd Nazlan berkata, larangan tersebut jika dibenarkan menyekat kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee memberitahu mahkamah, pihaknya akan mengemukakan notis rayuan berhubung keputusan itu Isnin ini.

Dalam pada itu pihak pendakwaan memaklumkan, pihaknya akan mengemukakan 15 saksi untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Sehubungan itu pihak pendakwaan memohon tarikh perbicaraan ditetapkan namun dibantah Muhammad Shafee.

Hujahan bagi menetapkan tarikh perbicaraan sedang berlangsung.

Pada Rabu, Najib dikenakan tiga tuduhan baharu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berhubung kait penyalahgunaan kedudukan beliau untuk menerima sejumlah wang hasil aktiviti haram dari dana keseluruhan RM42 juta, ke dalam dua akaun miliknya.

Mengikut kertas pertuduhan itu, beliau didakwa menerima wang masing-masing berjumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, melalui Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (“Rentas”) dalam dua akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya bernombor 2112022011880 dan 2112022011906.

Sementara itu, mahkamah hari ini turut menetapkan perbicaraan kes akan bermula pada 12 Februari 2019.