in ,

Najib Razak beri kenyataan lanjutan isu SRC International

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi menyambung memberi kenyataan berhubung  siasatan terhadap anak syarikat 1Malaysia Development Berhad, SRC International Sdn Bhd di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Menurutnya, antara lain beliau memberikan kenyataan lanjutan mengenai soal siasat berkenaan isu SRC International Sdn Bhd yang telah dijalankan pada tahun 2015.

Statement (kenyataan) saya pada hari ini merupakan lanjutan kepada statement (kenyataan) tersebut dengan lebih terperinci dengan pengesahan dokumen dan juga beberapa detail (perincian) yang lebih menyeluruh lagi,” katanya setelah keluar dari pejabat berkenaan.

Menurut Najib lagi, sebahagian daripada siasatan sudah selesai dan akan menyambung untuk memberi kenyataan bagi melanjutkan siasatan pada hari Khamis.

Pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di pejabat SPRM untuk memberi kenyataan berkenaan SRC International Sdn Bhd yang sedang disiasat, dan ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Beliau mengambil masa antara pukul 10 pagi sehingga pukul 2.45 petang dengan setengah jam masa rehat untuk memberikan kenyataan mengenai isu tersebut.