Mudahnya Buat Racun Organik Dan JIMAT

102 Views 58 Votes in
Years Of MembershipContent AuthorCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Konsep pertanian lestari yang mementingkan penjagaan alam sekitar kian mendapat perhatian masyarakat termasuk membabitkan tanaman organik menggunakan baja dan racun perosak yang dibuat secara organik tanpa bahan kimia berbahaya.

Penerapan konsep berkenaan bukan saja diterima petani atau peladang yang mengusahakan tanaman untuk tujuan komersial, tetapi juga isi rumah yang menanamnya sebagai hobi bagi kegunaan sendiri.

Lebih menarik, kaedah yang digunakan juga dapat mengurangkan kos apabila bahan digunakan boleh diperoleh dengan mudah membabitkan barangan harian dari dapur setiap rumah.

Contoh paling mudah adalah menghasilkan racun serangga organik yang hanya menggunakan campuran beberapa bahan terutama sayuran.

Untuk menyediakan racun serangga pelbagai guna anda perlu kumpulkan bahan-bahan berikut yang saya senaraikan di bawah:

  1. Sediakan satu setengah sudu teh (1.5) baking soda (sodium bikarbonate)
  2. Satu (1) sudu teh minyak masak
  3. Satu (1) sudu teh cuka makan
  4. Lima (5) cawan air suam

Campurkan kesemua bahan yang disenaraikan di atas sehingga sebati dan masukkan ke dalam alat penyembur. Anda boleh gunakan alat penyembur plastik yang biasa kita gunakan untuk sembur bagi ketika serika baju.

Cecair yang telah dicampur di atas tadi boleh disembur pada tumbuh-tumbuhan anda sehingga basah menitis pada daun-daunnya. Anda juga boleh semburkan pada persekitaran berhampiran pokok dan pasu bunga.

Semburan pada daun tumbuhan itu membuatkan daun itu menjadi tidak enak untuk dimakan oleh serangga perosak. Malah bahan itu akan masuk menyerap ke dalam serangga perosak dan seterusnya mampu membunuh serangga perosak tersebut.

Comments