in , ,

Mohamed Salah Ugut Keluar Liverpool Jika Pemain Ini Hadir di Anfield

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorStory MakerList MakerEmbed MakerVideo Maker

https://zine.my/bolatribe/mohamed-salah-ugut-keluar-liverpool-jika-pemain-ini-hadir-di-anfield/

Berbekalkan ramai pemain ternama di dalam barisan pemain pasukan Liverpool, nampaknya Jurgen Klopp masih tidak puas untuk memborong pemain pada jendela perpindahan Januari ini.

Liverpool Masih Tidak Puas

Kini, Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain bintang FC Red Bull Salzburg, Moane Dabour. Namun niat pengurus pasukan Liverpool itu tergendala kerana ayam tambatan Liverpool, Mohamed Salah tidak mahu berada di dalam satu pasukan dengan Dabour yang merupakan pemain kebangsaan Israel.

Salah dikenali sebagai salah seorang pemain bola sepak di Liga Perdana Inggeris yang beragama Islam. Bukan itu sahaja, Salah juga enggan berjabat tangan dengan para pemain kelab dari Liga Israel, Maccabi Tel Aviv ketika menyarung jersi Basel ada tahun 2014 lalu.

Bukti Mo Salah Anti dengan Pemain Israel

 

Penampilan Dabour mencuri perhatian banyak pasukan besar. Pada musim 2017/2018, pemain kelahiran Israel itu telah menjaringkan sebanyak 22 gol di dalam 32 perlawanan.

Video Aksi-aksi Menarik dari Pemain Israel, Moane Dabour

Laporan dari Jerusalem Post, Salah menolak kehadiran Dabour sekeras-kerasnya dan memilih untuk keluar dari Liverpool jika The Reds benar-benar inginkan Moane Dabour.

Kehilangan Mohamed Salah juga bakal meruntuhkan prestasi Liverpool. Pemain kelahiran Mesir itu kini adalah penjaring terbanyak buat pasukannya dengan jumlah 16 gol di semua kejohanan.

Sumber: Jerusalem Post

BERITA VIRAL

Gagal Atasi Depresi, ‘The Next Ronaldo’ Jadi From Hero to Zero