in

Mobile Legends: 2ez4jepv yakin mampu juarai MPL bersama Team Tamago

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: “Kami mahu juarai MPL dan kami yakin, kami boleh!”

Itu keyakinan tinggi yang disuarakan pemain profesional Mobile Legends Mohd Haqqani ‘2ez4jepv’ Jaffar kepada Astro AWANI, yang yakin boleh memenangi Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL) musim kedua akan datang bersama-sama pasukan baru ditubuhkan, Team Tamago.

2ez4jepv yang sebelum ini meninggalkan pasukan Mysterious Assassins (MyA) turut disertai pemain terkemuka tempatan Amirul Shafiq ‘Feekz’ Mohd Amir, Rizki Hidayat ‘Zee’ Abd Mutalib, Khoo ‘OlalaOlele’ Boon Chun,  Fiqri Atiq ‘Lacid’ Mohd Fauzi Lai dan Chang ‘Xin’ Wei Loon dalam Team Tamago.

BACA: Mobile Legends: 2ez4jepv sah tinggalkan MyA, bakal tubuh pasukan sendiri 

Menerusi pasukan baharu itu, 2ez4jepv akan bertindak sebagai kapten pasukan dan juga drafter (penyusun strategi pemilihan hero). Dia akan turut dibantu Lacid pemilihan draft hero.

Sementara itu, Feekz yang memegang rekod terbaik hero assassins Gusion bagi musim ke-7 Mobile Legends bakal bertindak sebagai pembantu kapten dan midlaner (pemain laluan tengah) pasukan.

Bagi Xin, OlalaOlele dan juga Lacid akan bertindak sebagai sidelaner (pemain laluan atas atau bawah) pasukan.

Pelancaran Team Tamago merupakan salah satu inisiatif Astro bersama aplikasi penstriman langsung Tamago untuk mengembangkan industri e-sukan di Asia Tenggara.

Selain Mobile Legends, Team Tamago turut menubuhkan pasukan bagi e-sukan permainan mudah alih Arena of Valor (AOV). 

Mobile Legends merupakan satu permainan video mudah alih atas talian multi-pemain yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Moonton.

Bagi setiap perlawanan, dua kumpulan akan bertarung untuk ‘memusnahkan’  pangkalan musuh mereka dan pada masa yang sama mereka juga perlu mempertahankan kubu sendiri melalui beberapa laluan yang disediakan.

Dengan 200 juta muat turun dicatatkan di seluruh dunia, Mobile Legends turut menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia terutama dalam kalangan golongan muda. 

Beberapa kejohanan dan liga profesional telah diadakan sejak ia dilancarkan pada 2016. Terbaharu, musim kedua MPL bagi peringkat Malaysia dan Singapura akan bermula pada 14 Jun depan bagi mencari kumpulan yang terbaik bagi kedua-dua negara ini.