in

Meter pintar mampu ubah tabiat penggunaan elektrik

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent AuthorQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

KUALA LUMPUR: Jepun membuktikan pemasangan meter pintar di Negara Matahari Terbit itu berjaya mengubah tabiat penggunaan elektrik di negara itu.

Sejak diperkenalkan, teknologi itu mendapat sambutan hangat rakyatnya kerana dapat membantu mereka menjadi semakin bijak dalam menggunakan tenaga elektrik secara efisien.

Syarikat utiliti Jepun, Tokyo Electric Power Company  (TEPCO) bertanggungjawab melaksanakan pemasangan meter pintar berkenaan.

Menjelang 2020, TEPCO mensasarkan untuk menambah pemasangan 29 juta unit meter pintar lagi menjelang 2020 berbanding 17 juta unit sekarang.

Dr Hiroshi Okamoto berkata, pihaknya berhasrat memasang kira-kira 29 juta unit meter pintar menjelang 2020. - Foto: TNB

“Kami berhasrat untuk memasang kira-kira 29 juta meter pintar menjelang 2020,” kata Naib Presiden Eksekutif TEPCO, Dr Hiroshi Okamoto pada sidang akhbar selepas menjadi ahli panel pada sesi bertajuk Pendigitalan Industri Pembekalan Elektrik (ESI) dan Revolusi Perusahaan 4.0 di Persidangan CEPSI 2018, di KLCC pada Rabu.

Jelas Dr Okamoto, keupayaan meter pintar memberikan maklumat mengenai jumlah penggunaan elektrik pada setiap setengah jam, membolehkan pengguna merancang dan mengubah tabiat penggunaan elektrik mengikut keperluan masing-masing.

Menurutnya, setakat ini tidak timbul kebimbangan terhadap kesan gelombang dan frekuensi radio daripada meter pintar yang dipasang di premis pengguna di negara itu.

Ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan pemasangan 310,000 unit meter pintar di Melaka secara berperingkat-peringkat mengikut daerah sejak Januari lalu, sebelum meluaskannya kepada 8.8 juta pengguna di seluruh Semenanjung.

Pemasangan meter pintar adalah cara terbaik untuk pengguna mendapatkan maklumat tepat mengenai penggunaan elektrik mereka.

Jumlah meter pintar yang dipasang di seluruh dunia dijangka meningkat dalam masa terdekat.