in

Mesyuarat pendakwaraya, penyiasat 1MDB berjaya

Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Perjumpaan Pendakwaraya-Pendakwaraya dan Penyiasat-Penyiasat 1MDB di Putrajaya

Dengan sukacitanya kami melaporkan bahawa suatu mesyuarat yang berjaya antara para pendakwaraya, pakar dalam pemerolehan semula aset dan penyiasat dari Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland yang terlibat dengan penipuan besar-besaran 1MDB, telah dianjurkan oleh Jabatan ini.

Para peserta sedar akan kepentingan dan kesegeraan usahasama dan kerjasama rentas sempadan dalam hal membanteras jenayah yang dilakukan pada peringkat antarabangsa dan merentasi sempadan negara.

Kami mengucapkan terima kasih kepada para delegasi dari luar negara atas kesudian mereka memberikan bantuan selanjutnya dalam peperangan menentang penipuan dan jenayah transnasional.

Kami yakin bahawa mesyuarat kali ini akan menjadi penanda aras kepada usaha yang lebih besar lagi pada masa akan datang.

Jabatan Peguam Negara Malaysia
Putrajaya