in ,

Tahukah Anda Bahawa Ada Ubat Untuk Berhenti Merokok?

Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserStory MakerContent AuthorUp/Down Voter

Ubat Untuk Berhenti Merokok

Seperti yang diketahui ramai, amalan merokok ini banyak mendatangkan kesan buruk kepada diri dan masyarakat. Usaha untuk mula berhenti rokok patut dimulakan seawal yang mungkin sebelum menghidap penyakit-penyakit yang merbahaya seperti penyakit jantung, strok, kanser peparu dan lain-lain.

Pegawai Farmasi ini berkongsi salah satu cara yang berkesan dengan mengambil ubat ini untuk mula berhenti daripada amalan menghisap rokok.

Ini adalah salah satu ubat untuk berhenti merokok yang dah pun ada di kebanyakan klinik dan hospital kerajaan seluruh Malaysia sekarang ini.

Nama ubat: Varenicline

Jenama ubat: CHAMPIX

Kekuatan sebiji ubat: 0.5mg dan 1mg

Keluaran kilang: Pfizer, Jerman

Harga di farmasi komuniti:

i. Starter kit: RM150 – RM175

ii. Maintenance: RM185 – RM195

http://jomquit.moh.gov.my

Macam Mana Nak Dapatkan Ubat Ini?

  1. Pergi ke mana-mana fasiliti kesihatan yang menawarkan perkhidmatan KLINIK BERHENTI MEROKOK. Daftarkan diri anda.
  2. Anda akan diberi kaunseling terlebih dahulu oleh doktor atau penolong pegawai perubatan atau pegawai farmasi berkenaan cara-cara untuk berhenti merokok (tanpa melibatkan ubat).
  3. Selepas anda menjalani beberapa siri kaunseling dan temuramah, dan jika anda menepati kriteria yang diperlukan, anda akan dimulakan dengan rawatan UBAT berhenti merokok ini.
  4. Anda perlu berjumpa dengan pegawai farmasi untuk mendapatkan khidmat kaunseling ubat ini sebelum diberikan ubat tersebut.
  5. Anda perlu tentukan dulu TARIKH BILA ANDA MAHU BERHENTI MEROKOK, dan ubat perlu dimakan 1-2 minggu sebelum tarikh tersebut.

 

Cara Pengambilan Dan Pemakan Ubat Ini

Dalam SATU KOTAK UBAT ini, anda boleh lihat biji-biji ubat yang dah pun disusun dalam papan ubat mengikut MINGGU, HARI, dan MASA.

Anda tinggal ikut sahaja aturan macam dalam papan ubat itu.

  • PADA HARI KE 1-3: Anda perlu makan ubat 0.5mg SEKALI SEHARI (PAGI SAHAJA)
  • PADA HARI KE 4-7: Anda perlu makan ubat 0.5mg DUA KALI SEHARI (PAGI & MALAM)
  • PADA HARI KE 8-14: Anda perlu makan ubat 1mg DUA KALI SEHARI (PAGI & MALAM)

Perlu diingat, ubat ini sangat bagus dimakan BERSAMA-SAMA DENGAN SEDIKIT MAKANAN.

AMARAN: Ubat ini TIDAK SESUAI untuk pesakit yang ada MASALAH BUAH PINGGANG, WANITA YANG MENYUSUKAN ANAK, WANITA MENGANDUNG, dan KANAK-KANAK.

Antara Kesan Sampingan Yang Mungkin Dihadapi

Kesan sampingan ubat ini biasanya adalah loya-loya, sakit kepala, tak boleh tidur, dan mimpi yang aneh, yang mana ianya tidaklah serius dan itupun bergantung pada setiap orang.

Ini adalah salah satu sahaja dari rawatan ubat untuk berhenti merokok. Dan ubat ini juga TIDAK MENGANDUNGI NIKOTIN.

Kuncinya, hati kena kental dan mental kena kuat jika ingin berhenti merokok.

Amat susah, tetapi tidak mustahil!

SEMOGA BERJAYA BUAT SEMUA YANG TEKAD INGIN BERHENTI MEROKOK!

Kredit : Faiz Akmal Mfa

TAHUKAH ANDA BAHAWA ADA UBAT UNTUK BERHENTI MEROKOK?Ini adalah salah satu ubat untuk berhenti merokok yang dah pun ada…

Publiée par Faiz Akmal Mfa sur Dimanche 12 août 2018

 

BACA JUGA :

Ketahui Bagaimana Cara Efektif Berhenti Merokok