Manfaatkan Sisa Ikan Jadi Baja Organik Cecair

151 Views 58 Votes in
Years Of MembershipContent AuthorCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Sisa ikan memerlukan kerja yang sedikit rumit untuk menjadikannya sebagai baja organik kepada kebun anda. Namun, hasilnya ‘SUPERB’. Kebiasaanya baja hasil daripada isisa ikan kebiasaannya di pangil FISH AMINO ACID(FAA).

Resepi Fish Amino Acid

Bahan – bahannya:

a) 1 kg gula merah / molases
b) bekas plastik atau kaca berpenutup (atau kertas dan tali)
c) 1 kg sisa ikan

Cara – cara:

1. Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi

2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1

3. Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.

4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FAA.

Kaedah penggunaan:

1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.

 

Comments