Manfaat Tanam Belimbing Buluh Boleh Jana Ekonomi Keluarga

114 Views 58 Votes in
Years Of Membership

Memulakan penanaman Belimbing Buluh boleh dijadikan sebagai usaha sampingan di rumah. Pokok belimbing buluh ini mudah hidup sesudah ditanam. Buahnya yang masam memang tak digemari tupai, kera atau babi. Jadi musuh binatang jelaslah berkurangan.

Beliau memulakan dengan menanam sekitar seratus anak pokok. Walaupun tidak dalam jumlah yang banyak tidak menjadi masalah baginya kerana mudah hidup

Nak tahu apa yang menarik tentang pokok ini? Ikuti Perkongsian dari Cikgu Hasanuddin berkenaan Kelebihan menanam Pokok Belimbing Buluh.

Sambal belimbing tumbuk yang mudah disediakan

Macam orang lain juga, beliau juga berhajat nak keluarkan produk daripada Belimbing Buluh. Setakat ini buat sambal mentah guna Belimbing Buluh pandailah.

Katanya beliau bukan sesusah mana. Tumbuk ikan bilis, tumbuk dua biji cili fan tumbuk dua biji Belimbing Buluh. Gaul-gaul jadilah sambal gesek.

Sambal belimbing

Sambal hitam @ Sambal Pahang

Semenjak dua menjak ini masyhur amat produk Sambal Hitam @ Sambal Pahang.  Selain produk itu, produk apa lagi boleh dihasilkan daripada Belimbing Buluh.

 

Jeruk belimbing buluh

Suatu ketika pernah saya mengenyam Halua@ jeruk Belimbing Buluh. Sedap juga rasanya. Kalau takat nak dibanding dengan jeruk Buah Pala Pulau Pinang, saling tak kalah. Macam mana resepinya?

 

Meredakan tekanan darah tinggi

Ada juga petua yang diceritakan makan tiga biji Belimbing Buluh boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Jika betul begitu, elok dibuat kapsul makanan tambahan khusus bagi yang berisiko tekanan darah tinggi.

Daunnya dibuat mandian bayi yang baru lahir

Sewaktu anak kedua saya dilahirkan, saya disyor mengambil daun Belimbing Buluh untuk direbus. Air rebusan yang sudah sejuk dijadikan air bilasan akhir mandian baby dari hari pertama sampai hari ketujuh.

Tujuannya untuk mengelakkan baby terkena masalah sakit kuning. Ini pun saya fikir satu produk jika melalui proses pembungkusan yang baik.

Air rebusan Belimbing Buluh memang sedap pun dibuat pencicah ikan bakar. Jarang orang dapat menikmatinya.

Perkongsian Idea dari Tuan Hasanuddin

Comments