in

Tun Mahathir Mahu Bawa Kuih Pulau Tuba Ke Seluruh Negara

187 Views
Years Of Membership

LANGKAWI: Hasil produk makanan termasuk kuih-muih di Pulau Tuba akan dikomersialkan dan dipromosi ke seluruh negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia susulan beberapa pembangunan seperti pusat latihan industri akan dibina kelak bagi golongan sasar dalam bidang berkenaan.

“Supaya mereka boleh keluarkan kuih-kuih mereka dengan lebih banyak dan ia akan dipasarkan bukan sahaja di Pulau Tuba tetapi tanah Langkawi.

“Ia juga akan dibawa ke tanah besar (Semenanjung) dan luar negara,” katanya semasa berucap pada majlis Kenduri Rakyat di sini, hari ini.

Untuk ke pulau ini ada dua pilihan jeti iaitu melalui Jeti Pelancongan Pekan Rabu Langkawi atau Jeti Marble Langkawi.

Perjalanan menaiki bot pula hanya mengambil masa antara 10 ke 15 minit.




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.