Rstoran Red Wok Bangi Mendapat Sambutan

736 Views in
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Bagi penggemar steamboat, Red Wok Steamboat merupakan salah satu restoran steamboat yang popular di Bangi.

Red Wok adalah restoran halal yang menyediakan steamboat serta mempunyai menu ala-cart masakan Cina dan juga masakan Thai.

Apa yang menarik di Red Wok Steamboat? Di sini, terdapat lebih kurang 100 jenis makanan yang menarik untuk penggemar steamboat seperti ayam, daging, seafood, dan pelbagai jenis bebola serta sayur-sayuran bersama-sama kuah yang tersedia.

Selain itu, terdapat juga menu sampingan yang dihidangkan seperti nasi goreng, mee goreng, buah buahan, dumpling goreng, dan juga ais krim yang boleh dihidang sebagai dessert.

Harga steamboat buffet disini lebih murah dengan harga hanya RM30+ untuk seorang. Selalunya, bermula pukul 8 malam saja, pelanggan sudah semakin ramai. Anda boleh datang bersama keluarga dan juga datang bersama rakan-rakan.

Waktu operasinya sedikit berbeza mengikut hari. Secara umumnya, restoran ini mula beroperasi dari pukul 12 tengahari sehingga 12 tengah malam. Pada hari Jumaat pula, ianya mula beroperasi pada pukul 6 petang.

Oh ya! Jangan lupa rasa sos pencicah special dari Red Wok, itu memang terlajak sedap!