in

Roti Naan Cheese Meleleh Hingga Ke Dasar Perut

838 Views
Story MakerList MakerYears Of MembershipMeme MakerEmbed Maker

Roti Naan Cheese kian menjadi-jadi pada masa kini. Jika dilihat dengan lebih teliti, cheese itu meleleh apabila ditarik seperti keratan pizza yang kita sedang maklum. Terdapat banyak restoran yang membuat buat roti naan ni, akan tetapi terdapat sebuah restoran yang dikenali Singgah Rasa Kafe kian menjadi tumpuan penduduk Alor Setar dengan menu istemewa mereka roti Naan Cheese Meleleh.

Restoran ini terletak di Jalan Tandop, Alor Setar dan beroperasi dari pukul 5 petang hingga 1 pagi. Jangan disalah anggap, Singgah Rasa Kafe bukanya sebuah kedai mamak, sebaliknya ia adalah sebuah restoran yang sama sekali membawakan serba serbi resepi asli Pakistan, bukan dari India.

Berbalik kepada menu utamanya, ini bukan calang-calang nan cheese. Dia punya meleleh lain macam. macam-macam jenis nan cheese terdapat di sini seperti Snow Cheese Meleleh, Hawaiian Chicken Meleleh, Mushroom Meleleh dan banyak lagi lah yang meleleh. Kekenyalan rotinya, juga keunikan kuah dalnya juga merupakan kombinasi ultimate, cukup memuaskan selera. Roti naan cheese ni juga terdapat 4 variasi pilihan untuk para pelanggan, keju, bawang putih, ayam atau daging.

Singgah Rasa Cafe beroperasi dari 5 ptg – 1 pagi. Kalau rasa mengidam nak cheese naan yang merecik, tak yah tunggu lama-lama, mai ja kat sini.




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.