Restoran Sarang Burung

924 Views in
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Kalau berkunjung ke negeri Perlis, anda patut cuba bertandang ke sebuah restoran yang terkenal dikalangan pelancong, iaitu Restoran Sarang Burung. Restoran ini terletak di Jalan Kaki Bukit, Kangar.

Asas menu mereka ialah masakan Melayu dan lauk-pauk bercirikan kampung. Apa yang istimewa di sini adalah mereka menyediakan aneka lauk-pauk seperti ayam bakar, ikan bakar, daging bakar serta ulam-ulaman yang segar.

Kalau anda bertandang di sini, pasti anda akan rambang mata dek kerana terlalu banyak pilihan makanan yang sedap-sedap belaka terutamanya pada waktu tengah hari semasa makanan dihidangkan panas bagi pilihan anda. Pemilik restoran ini juga peramah dan mesra pelanggan.

Restoran Sarang Burung mula beroperasi pukul 8 pagi sehingga 6 petang pada setiap hari kecuali pada hari Sabtu.