in

Restoran Nasi Kandar Yasmeen

352 Views
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Sebut pasal nasi kandar, mesti ramai yang terfikir, selalunya makanan jenis ini terkenal di Pulau Pinang sahaja. Tetapi, hampa kena tau, di Alor Setar juga terdapat nasi kandar yang telah memikat hati ramai iaitu Nasi Kandar Yasmeen. Sekali rasa, pasti akan jatuh cinta dengan keenakan nasi kandar ini.

Restoran ini terletak berhampiran Hospital Besar Alor Setar dan juga stadium Darul Aman yang menjadikannya restoran yang sering dikunjungi oleh orang ramai dek kerana lokasinya yang strategik.

Rata-rata pengunjung yang bertandang ke restoran ini confirm akan jatuh cinta sejak kali pertama mencubanya. Nasi kandar dengan ayam goreng, telur rebus dan juga lauk sampingan yang lain sudah cukup untuk memuaskan selera ramai pengunjung sehinggakan mereka sanggup untuk beratur panjang hanya untuk sepinggan nasi kandar. 

Keseluruhannya, nasi kandar ini memang berbaloi dengan keenakan rasanya serta harga yang hangpa pun akan berpuas hati.




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.