in

Restoran Masakan Sedap Kota Kinabalu Menjadi Bualan Ramai

386 Views
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Negeri Sabah boleh dikatakan salah satu syurga makanan bagi mereka yang berkunjung ke negeri di bawah bayu ini. Antara restoran yang menjadi sebutan ramai ialah Restoran Masakan Sedap yang terletak di Kota Kinabalu.

Walaupun restoran ini diusahakan oleh seorang yang berbangsa Cina dan bukan Islam, anda tak perlu risau kerana restoran makanan laut ini telah diiktiraf dan diberikan sijil halal oleh JAKIM. Jadi, anda akan melihat ramai umat Islam yang menjamu selera di sini.

Bagi pilihan makanan pula, terdapat banyak makanan laut seperti ikan, udang, sotong dan ketam yang masih fresh boleh dipilih sendiri di sini. Anda boleh lihat akuarium yang menempatkan makanan laut ini disusun dengan teratur.

Antara menu yang menjadi kegemaran para pelanggan ialah Claypot Fish Head, Soft Shell Crab, Siput Tarik, Honey Lamb dan banyak lagi. Anda patut dating sendiri ke sini untuk melihat pelbagai aneka menu pilihan yang memang terbaik. Walaupun harganya agak mahal, tetapi kualiti hidangannya tinggi serta mendapat rating 4 bintang  daripada para pelanggan.

Restoran Masakan Sedap ini terletak di Jalan Lintas, Kota Kinabalu. Kalau hendak lokasi yang lebih tepat, gunakan saja waze.

Waktu Operasi: Setiap hari (12am – 12pm, 5pm – 12am)




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.