Restoran Mama World Seremban 2

799 Views in
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Jika anda berkunjung ke Negeri Sembilan, tak lengkap kalau anda tidak mecuba masakan mereka. Salah satu tempat makan yang menarik di Seremban ialah di Restoran Mama World Seremban 2 kerana restoran ini menyajikan makanan tengahari dengan pelbagai aneka lauk pauk orang Negeri Sembilan, terutamanya masak lemak cili api.

Antara menu masakan kampung orang nogori yang dihidangkan ialah Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi, Masak Lemak Sembilang Salai Bacang Muda, Masak lemak puyuh Salai Pucuk Ubi, Masak Lemak Daging Salai Terung Telunjuk dan pelbagai lagi menu masakan masak lemak cili api yang sangat sukar ditemui di tempat lain.

Tahukah anda, menu Rendang Pucuk Ubi sememangnya satu menu masakan yang sangat unik dan untuk menyiapkan menu ini, ia mengambil masa 8 jam untuk siap dimasak.

Restoran Mama World Seremban 2 terletak di jalan S2 F22, Seremban 2 dan lokasinya terletak betul-betul di belakang bangunan Family Store. Restoran ini mula beroperasi pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.