in

Restoran Kapitan Penang Memang Terbaik

691 Views
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Sebut sahaja Restoran Kapitan sudah mampu mengiurkan bagi mereka yang tahu akan kenikmatan serta keenakan yang disajikan oleh restoran tersebut.

Terdapat dua Restoran Kapitan di Lebuh Chulia, Georgetown. Akan tetapi, terdapat sebuah Restoran Kapitan yang menjadi bualan hangat para pengunjung yang pernah bertandang ke sana iaitu berhampiran dengan Masjid Kapitan Keling yang terletak di Georgetown. Kedudukannya yang strategik serta mempunyai papan tanda yang besar memudahkan pelanggan menemui restoran ini.

Sekarang mari kita mengenal menu yang disediakan pula. Restoran Kapitan menyediakan masakan India. Antara menu masakan mereka yang terkenal ialah Nasi Biryani Claypot. Nasi biryani di sini mempunyai beberapa pilihan lauk iaitu ayam, kambing dan ayam tandoori.

Nasi Biryani Claypot Kambing atau Ayam dihidangkan di dalam claypot atau mangkuk tembikar. Nasi Biryani Ayam Tandoori pula dihidangkan dalam pinggan seperti restoran biasa yang lain. Hidangan ini juga dihiasi dengan daun pudina berserta yogurt campuran sayur dan kuah kari.

Harga makanan juga amat berpatutan iaitu sekitar RM9 hingga Rm11 untuk hidangan nasi biryani. Selain nasi biryani, Restoran Kapitan juga menyediakan perlbagai jenis roti seperti roti naan dan juga capati. Anda pasti akan menyesal jika tidak mencubanya. Jadi, tunggu apa lagi ? Jom kita pakat terjah Restoran Kapitan Penang!




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.