Restoran Asam Pedas Selera Kampung Menjanjikan Rasa Tradisional Negeri Melaka

1,300 Views in
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Menu makanan tradisonal orang Melaka paling popular sudah tentulah tidak lain tidak bukan adalah Asam Pedas Melaka. Kalau sebut saja asam pedas, sudah tentu kita terfikirkan Negeri Melaka. Jadi, mari kita lihat Restoran yang menghidangkan masakan asam pedas yang boleh dikatakan best di Melaka iaitu Restoran Asam pedas Selera Kampung.

Kalau anda baru pertama kali berkunjung ke Melaka, menu asam pedas adalah menu wajib untuk anda cuba. Restoran ini merupakan salah satu tempat makan yang terbaik yang terdapat di Melaka.

Apa kelebihan Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni ? Restoran ini menyediakan resipi asli asam pedas istimewa kepala ikan jenahak yang boleh dinikmati dengan hidangan nasi panas dan 10 jenis ulam-ulaman. Terdapat juga ikan segar lain yang disediakan mengikut pilihan dan cita rasa para pelanggan.

Selain itu, terdapat juga pilihan menu lain untuk hidangan tengahari seperti masak lemak daging salai, gulai ayam dan sebagainya, Akan tetapi, menu daging salai semestinya antara menu wajib cuba apabila anda bertandang ke restoran ini.

Restoran ini terletak di Jalan PM3,  Mahkota Square, Bandar Hilir. Untuk pengetahuan anda, restoran ini mula beroperasi seawall jam 7 pagi sehingga 6 petang.