Restoran Asam Pedas

Restoran Asam Pedas Botak Memang Padu

2,464 Views in
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Selain Melaka, negeri Johor juga merupakan salah satu negeri yang tak dapat dipisahkan daripada masakan asam pedas. Tempat yang terkenal dengan asam pedas biasanya dikaitkan dengan Parit Jawa dan Kota Laksamana.

Namun, terdapat sebuah restoran yang menyajikan asam pedas yang padu di Johor Bahru, iaitu Restoran Asam Pedas Botak. Ini kerana restoran ini sering menjadi bualan ramai penduduk tempatan mahupun para pelancong.

Masakan asam pedas di sini boleh dikatakan perfect daripada sudut kepekatan dan kepedasan. Terdapat beberapa jenis ikan yang boleh dipilih tetapi yang menjadi kegemaran ramai ialah Ikan Merah atau Ikan Pari.

Malah, ikan di sini pula segar-segar belaka. Menu wajib apabila anda berkunjung di sini ialah asam pedas dan ikan goreng. Terdapat juga menu lain yang mendapat sambutan ramai iaitu nasi ayam penyet. Fuhh memang sedap!!

Untuk pengetahuan anda, restoran ini terletak di Jalan Lumba Kuda. Jika dari JB sentral, hanya mengambil masa 10 minit berjalan. Restoran Asam Pedas Botak beroperasi setiap hari isnin hingga sabtu bermula jam 6 pagi hingga 4 petang.