Pyan Berpisah Dari Vitdaily & Bersama Padu Beb Studios

2,207 Views in
Content AuthorYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterQuiz MakerPoll MakerStory MakerImage MakerAudio MakerVideo MakerGallery MakerEmbed MakerList MakerMeme MakerEmoji Addict

Pyan Kini Berpisah Dari Vitdaily & Bersama Padu Beb Studios

Kepada sesiapa yang layan video-video Vitdaily pastinya kenal dengan host yang selalu buat review kedai makan & travel. Trademark beliau tak lain tak bukan “padu beb!” tak pun “manis-manis masam”. Itulah Pyan host vitdaily pakai spek dan bertopi dengan gaya bersahaja buat review makanan sampai penonton pun terliur.

 Baru-baru ini Pyan telah pun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi bersama Vitdaily kerana telah dikeluarkan daripada partnership atas sebab-sebab tertentu. Selepas keluar dari Vitdaily beliau terus setup channel youtube terbaru iaiti Padu Beb Studios yang kini semakin ramai subscribers.

Rata-rata reaksi peminat kecewa apabila Pyan tidak lagi mengacarakan program makan-makan bersama vitdaily dan mengancam untuk unsubsribe channel Vitdaily yang kini hampir 100000 lebih subscribers.

Di bawah merupakan video penjelasan Pyan berkenaan perpisahan dari team Vitdaily: