in

Nasi Lemak Sambal Strawberry Wajib Cuba Jika Anda Ke Cameron Highland

Cuba Rasa Dulu Baru Tahu

1,106 Views
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Kalau sebut tentang Cameron Highland sudah tentu korang akan ingat strawberry. Bagaimana pula dengan sambal strawberry ? Dihidangkan pula bersama nasi lemak ?

Dengar macam pelik, tapi inilah satu fenomena atau trend baru pada masa kini tamabhan pula ramai yang menyukainya. Kat mana boleh dapat Nasi Lemak Sambal Strawberry ni ?

200 Seed Cafe by Abang Strawberry dapat menyelesaikan masalah anda. Kawasan cafe ini dikelilingi dengan perumahan kampung serta ladang strawberry yang sangat sejuk sudah tentu korang boleh feeling masa tengah makan. Kalau nak petik strawberry sendiri pun boleh.

Berbalik kepada menu unik di Cameron Highland ini, kalau korang nak tahu nasi lemak yang semakin terkenal ini dihidangkan bersama ikan bilis serta ayam goreng dan juga sambal strawberry. macam simple kan, tapi memang sedap wehh. Rasa pedas sambal digabungkan bersama masam manis strawberry memang padu. Tak tipu punya. Kalau korang tak percaya boleh la datang sendiri ke sini.

Selain nasi lemak, terdapat juga menu sampingan lain seperti Nasi Kukus Ayam Berempah. Harga kat sini pula takda la mahal sangat, boleh dikatakan berbaloi.

Lokasi: No. 27, Kampung Taman Sedia Tanah Rata 39000




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.