in

Nasi Kak Wok Lundang Menjanjikan Keenakan Luar Biasa

775 Views
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Anda mesti tertanya-tanya siapa itu Kak Wok? Kenapa nasi Kak Wok ini begitu popular di Kelantan ? Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki di negeri Cik Siti Wan Kembang pasti akan tertanya-tanya tentang nasi ini. Restoran Nasi Kak Wok ini terletak di Jalan Masjid Lundang, Kota Bharu.

Bukan sahaja terkenal sebagai tempat makan best di Kota Bharu, malahan seluruh negara. Restoran Nasi Kak Wok merupakan sebuah restoran yang menghidangkan nasi berlauk ayam goreng atau gulai ayam.

Ianya nampak seperti nasi ayam goreng berempah yang selalu dijual di mana-mana tetapi yang istimewanya nasi Kak Wok ini ialah rasa ayam goreng berempahnya yang sangat manis dan sedap serta rasa gulainya yang memang padu ditambah pula sambal belacan perahan asam limau kasturi yang pastinya menjanjikan kenikmatan tak terhingga.

Apa yang menariknya lagi di sini ialah waktu beroperasi yang sangat memudahkan orang-orang yang bekerja kerana ianya dibuka pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang.




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.