Nasi 7 Benua Koo Boo Kafe

Lain Warna, Lain Rasa

500 Views in
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Di Pulau Pinang terdapat satu kedai makan ni yang menyajikan menu yang lain macam sikit. Namanya saja sudah boleh membuatkan orang hairan, iaitu Nasi 7 Benua. Fuhh namanya saja pun dengar agak international kan. Jadi, apa itu nasi 7 benua ni ? jom kita sama-sama terokai keunikan hidangan ini.

Sebab apa dipanggil 7 benua ? Ini kerana terdapat kepelbagaian nasi yang ada dalam satu pinggan dan kalau dilihat betul-betul akan nampak seperti benua. Jenis nasi yang tersedia pula seperti Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas, Nasi Kacang, Nasi Lemuni dan juga Nasi Lemak. Warna nasi ni pula berbeza so hidangan ini akan nampak sangat menarik. Senang cerita ianya seakan melihat 7 benua yang terdiri daripada pelbagai warna berlainan.

Untuk lauk pula, korang boleh pilih sendiri mengikut citarasa masing-masing. Kalau nak sembang pasal harga pula, memang berpatutan la. Ianya bergantung kepada lauk yang dipilih. Kedai ini juga turut memberikan air minuman percuma seperti Teh O Ais dan Sirap.

Untuk pengetahuan, korang juga boleh memilih nasi, contohnya nak nasi tomato sahaja. So, tak rugi la kalau korang datang sini dan rasa sendiri keenakan nasi 7 benua ni.

Lokasi kedai makan ini juga tak susah kalau nak cari. Ianya terletak betul-betul sebelah Stadium Sungai Ara dan juga dekat dengan SPICE. Kedai ini mula beroperasi pukul 11 pagi sehingga 11 malam.