Mee Kolok Pak Amit Cafe

1,187 Views in
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Jika anda berkunjung ke negeri Sarawak, cukup rugi kalau anda tak mencuba menu Mee Kolok. Kata orang, kalau bercuti di Sarawak tanpa mencuba mee kolok bererti sama dengan anda tidak pernah ke sana pun.

Terdapat banyak kedai dan restoran yang menyajikan menu ini, tetapi terdaat sebuah kedai yang menghidangkan mee kolok yang boleh dikatakan terbaik di Kuching iaitu Mee Kolok Pak Amit Café. Lokasinya mungin agak sukar untuk dicari tetapi amat berbaloi untuk menikmatinya.

Rasa mee kolok di sini menghadirkan rasa kuah yang agak pekat dan sedap. Keenakan mee kolok ini juga ditentukan oleh sambal kicap dan rempah supnya. Harganya pula amat murah dan berbaloi. Menu mee kolok Pak Amit yang paling popular adalah mee kolok udang dengan udang bersaiz sederhana dan beberapa jenis bahan sayuran yang sudah pastinya menjadikan hidangan ini lebih gempak!

Selain dari mee kolok, Pak Amit Café juga menyajikan menu mee lain seperti Mee Jawa, Mee Rebus dan beberapa menu lain yang bersesuaian dengan citarasa anda. Kata orang di sini, mee kolok di sini begitu laris dan cepat jualannya. Jika anda terlewat mungkin anda tak dapat merasanya, memang rugi bebb.

Pak Amit Café terletak di Lot 3108-3113, SL 3, Jalan Astana, Kuching. Kedai makan ini mula beroperasi pukul 7 pagi sehingga 11 malam.