in

Laksa Janggus Balik Pulau

650 Views
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Bagi penggemar laksa, anda perlu mencuba laksa yang menjadi perbualan hangat sekarang iaitu laksa janggus yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan anda, nama laksa janggus ini diambil bersempena dengan sepohon pokok janggus yang terletak bersebelahan dengan kedainya. Kedai ini mula beroperasi seawal jam 3 petang dan tutup pada pukul 8 malam.

Apa yang menariknya laksa janggus ni ? okay pertama sekali ianya menyajikan laksa utara yang begitu memikat hati. Laksa yang dihidangkan bersama kuah laksa yang pekat, serta sayuran sampingan dan pucuk janggus. Tidak dilupakan juga telur rebus yang dihidangkan cukup untuk menambahkan lagi selera para pengunjung. Untuk yang gemarkan laksa pedas, terdapat juga cili potong serta kicap yang menjanjikan kepedasan tahap maksimum. Harganya pula amat berpatutan.

Selain dari laksa, mereka juga menyediakan makanan sampingan lain seperti bihun/mi sup, pisang goreng yang begitu rangup, serta ABC yang sudah pasti antara menu wajib rasa.




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.