Laksa Ikan Sekoq Menjadi Tarikan Para Penggemar Laksa

622 Views in
Story MakerList MakerYears Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserUp/Down VoterContent Author

Kalau berkunjung ke Alor Setar, jangan lupa singgah kat Mergong untuk mencuba Laksa Ikan Sekoq yang sangat terkenal di sana. Kalau tanya orang Alor Setar, confirm mereka kenal punya dengan nama kedai makan yang sering menjadi bualan ramai ni.

Sebab apa namanya Laksa ikan Sekoq ? Benarkah mereka letak seekor ikan lalu disajikan kepada kita ? Ya benar, laksa ini dihidangkan bersama seekor ikan iaitu ikan kembung. Menarik bukan ?

Ada yang lagi menarik di sini. Kala hangpa nak tahu, makanan kat sini boleh ditambah secara percuma. Senang cerita, hangpa boleh makan sampai kenyang tetapi dibayar dengan harga sepinggan laksa. Fuhh sempoi bakhang. Boleh makan puas-puas. Harganya pula bergantung kepada pasaran ikan kembung, akan tetapi selalunya harga sepinggan laksa di sini boleh diperoleh dengan harga RM 4.50.

Kat sini juga terdapat cendol pulut. Boleh juga dipesan bersama laksa. Macam laksa juga, hangpa boleh tambah cendol ini sebanyak mana yang hangpa mau. Takkan tak sempoi weh ? tunggu apa lagi ? Mai la rasa sendiri keenakan Laksa Ikan Sekoq serta pulut cendol kat sini.

Lokasi: No 66, Rumah Kedai Perumahan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar Kedah

Waktu Operasi: 11.30 pagi-7.30 malam