in

7 Gerai Rojak Cendol Popular Untuk Jadi Port Baru Anda ‘Sejukkan Badan’

272 Views
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserList Maker

Open list
7 submissions already

Cendol memang sangat mudah dijumpai di mana mana sahaja. Tepi jalan, bawah jambatan atau di kawasan perumahan, tekak anda pasti inginkan sesuatu yang sejuk ketika cuaca panas kan? Well, jom tengok 8 lokasi cendol tumpuan ramai yang anda perlu tahu di sekitar kawasan ‘hot’ di Tanah Air! Siapa tahu tiba tiba tekak teringin cendol, so dah tau mana nak dituju.

#1 Cendol Din, Shah Alam

Cendol Din merupakan salah satu gerai cendol yang paling popular di Shah Alam. Boleh dikatakan hari-hari gerai ini memang penuh dengan orang ramai dan sering menjadi port lepak buat kebanyakan pelajar UiTM dan Unisel. Jangan hairan sekiranya anda perlu beratur panjang setiap kali ke sini kerana ia merupakan perkara normal yang berlaku setiap hari. Cendol di sini kelihatan sangat menarik dan pastinya membangkitkan selera sesiapa sahaja mencubanya. Nak dapatkan kenikmatan makan di sini adalah dengan cara makan beramai-ramai dengan rakan-rakan dan duduk di atas kerusi yang disediakan di bawah pokok. Dapat pula angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ketika makan. Ohhh indahnyyaaa~

Lokasi: 7, Lorong Keluli 1B, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40800, Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Setiap hari / 10 pagi - 7 petang.

Menu: Cendol biasa, cendol pulut, cendol tapai, cendol durian, cendol jagung, laksa utara dan mee kari.

Harga jualan: RM2 - RM4.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 Durian King TTDI

Terletak di kawasan letak kereta pasar TTDI. Gerai cendol ini berkonsep terbuka atau ‘open air’. Popular dengan cendol durian. Mereka menawarkan pilihan durian berkualiti seperti Musang King, Pahang Mas, Johor Mas, D24 dan D13. Hiasan kacang merah dan air gula merah yang disiram di atas durian dan ais yang menggunung begitu menawan hati.

Harga cendol sekitar RM15 bagi durian musang king. Walaupun harganya agak mahal, tapi berbaloi sebab ramai yang puji cendol durian mereka memuaskan selera.

Waktu perniagaan dari jam 5.00 petang – 12.00 malam

Facebook : Durian King TTDI

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#3 Rojak Cendol Mamak, Bandar Baru Ampang

Buat mereka yang menggemari masakan mamak, anda boleh mencuba Rojak Cendol Mamak yang terletak di Bandar Baru Ampang ini. Rasa cendol di sini memang lain daripada yang lain. Bukan setakat cendolnya yang sedap, malah rojak yang dijual di sini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Rasanya sedikit pedas dan unik. Selain itu, anda juga boleh mencuba mee kari dan mee goreng yang turut menjadi kegemaran ramai di sini. 

Lokasi: Jalan Ampang, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Selasa - Ahad / 11.30 pagi - 7 petang

Menu: Cendol special, rojak special, mee kari, mee goreng dan ABC.

Harga jualan: RM3 - RM4.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#4 Cendol Warisan Kak Aini, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Cendol lemak, pekat, melikat tentulah dapat memikat pelanggan. Cendol durian boleh dicampur dengan potongan mangga. Paduan rasa manis durian dan masam manis mangga tentunya berbeza kesedapannya. Kalau hendak lagi manis, anda boleh tambah tapai beras. Harga cendol durian dalam RM10 dan ada caj untuk tambahan durian mengikut ulas.

Restoran buka dari 12.00 tengah hari – 10.00 malam.

Lot No 3, Jalan 4/27A, Bandar Baru Wangsa Maju Seksyen 2,Kuala Lumpur

Facebook : Cendol Warisan Kak Aini

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#5 Cendol Retro Paroi, Seremban

Cendol Retro mempunyai dua cawangan iaitu di Seremban dan Kuala Pilah. Sudah ramai memperakui keenakkan cendol yang dihidangkan di sini. Antara cendol kegemaran pelanggan di sini ialah cendol durian yang dikatakan sangat berlemak dan enak. Bukan setakat cendol durian, manisan seperti pulut durian dan pulut mangga juga dijual di sini. Buat mereka yang ingin mencari kelainan, anda boleh cuba lamb chopyang merupakan satu-satunya makan western yang ada. Serius sedap!

Lokasi: Kampung Paroi, 70400 Paroi, Seremban, N.Sembilan.

Waktu operasi: Isnin - Sabtu / 10.30 pagi - 6.30 petang.

Menu: Cendol biasa, cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung, cendol special, cendol durian, pulut mangga, pulut durian, ABC, laichi kang, jus mangga, cucur udang, keropok losong dan lamb chop.

Harga jualan: RM1 - RM16.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 Pandan Cendol, Batu Caves, Selangor

Food truck menjadi pilihan Pandan Cendol untuk berniaga sekitar Bayu Caves. Antara kawasan yang biasa mereka berniaga ialah Taman Tasik Sri Gombak, Taman Bolton, Taman Samudra, Taman Melewar, Taman Pelangi dan beberapa tempat lagi sekitar Batu Caves.

Pelanggan menyukai rasa Pandan Cendol kerana santan dan gula melaka yang pekat melikat. Mereka tidak menjual cendol durian sebaliknya hanya menjual cendol minuman biasa. Pun begitu, pelanggannya tetap menjadikan cendol ini sebagai pilihan.

Waktu niaga antara jam 11.00 pagi – 6.00 petang.

Facebook : Pandan Cendol

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#7 Rojak Cendol Jalan Kuching

Rojak Cendol Jalan Kuching memang sudah dikenali sejak dulu lagi. Rasa cendolnya yang segar, pekat dan manis ditambah pula menjamunya sewaktu cuaca panas pastinya memberikan kepuasan yang tidak terhingga. Seperti gerai lain gerai ini menggunakan lori kecil sebagai stall untuk berniaga. Dan yang hebatnya mengenai gerai ini adalah pelanggan yang tak putus-putus datang sehingga terpaksa beratur untuk mendapatkan rojak dan cendol.

Lokasi: 51200, Jalan Kuching arah Selayang, Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Setiap hari / 11.00 pagi - 6.00 petang.

Menu: Cendol biasa, cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung, rojak biasa dan rojak mee.

Harga jualan: RM3.50 - RM5.50.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.