in

4 Tempat Makan Yang Perlu Anda Kunjungi Semasa Berada Di Kuala Lumpur

232 Views
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserList Maker

Open list
4 submissions already

Kuala Lumpur merupakan merupakan syurga makanan untuk pelancong kerana boleh dikatakan kesemua makanan popular di negeri Malaysia boleh didapati di sini. Bahkan pilihan restoran kalau nak makan menu popular negara lain juga banyak. Sekiranya anda bercuti ke Kuala Lumpur, bolehlah singgah di mana-mana restoran & tempat makan best di KL seperti di bawah baik untuk sarapan pagi, lunch atau dinner.

Majoriti restoran yang dinyatakan di bawah sudah bertahun lamanya mendapat tempat di hati kalangan warga ibu kota Kuala Lumpur dan sering menjadi tempat liputan untuk penggambaran rancangan tv.

#1 Restoran Rebung

Bagi yang ingin breakfast,makan tengah hari atau makan malam dengan selera orang Melayu dengan pelbagai pilihan menu makanan,apa kata anda pergi ke Restoran Rebung yang dimiliki oleh chef selebriti terkenal tanah air, Dato' Chef Ismail.

Boleh dikata 'one-stop centre' bagi mereka yang ingin merasa makanan ala kampung di KL baik dari segi hidangan santai, kuih muih sehinggalah lauk pauk yang beraneka yang membuatkan anda pening untuk memilih.

Lokasiny strategik, mudah diakses melalui Jalan Tanglin,Tasik Perdana serta mempunyai kawasn parking yang lapang.Kedai yang besar serta kemudahan yang lengkap membuatkan anda berasa seperti makan di hotel.

Dibuka 7 hari seminggu dari pukul 7 A.M - 10 P.M .

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#2 Restoran Cili Hijau

Restoran yang terletak di Kampung Sungai Penchala KL ini, sangat menarik untuk anda terjah kalau ingin menu masakan lauk pauk kampung yang banyak pilihan dan sedap.

Baik semasa pagi,tengah hari,atau malam restoran ini tidak pernah lekang dengan kunjungan pelanggan setempat untuk menjamu lauk kampung seperti daging salai masak lemak cili api, udang galah masak lemak, gulai ketam,aneka kerabu dan ulam-ulaman.

Kalau dikira tray lauk standard yang ada di sini mahu mencapai lebih 20 jenis.Walaupun Restoran Sambal Hijau ini beroperasi dari awal pagi sehinggalah lewat malam setiap hari,waktu terbaik untuk datang merasa lauku-pauk yang masih banak dan panas adalah sekitar 9 pagi - 12 tengah hari.

Kalau lambat atas nasib dan rezeki anda, kalau ada-adalah kalau habis habisla.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#3 Sup Tulang Janda Baik

Orang kita memang cukup suka makan sup tulang, tak percaya? Masa raya korban bahagian mana hilang dulu?

Kalau tak bahagian gearbox? Mesti bahagian tulang yang banyak sum sum kan.

Di KL ni, banyak tempat menjual sup tulang, tapi tak banyak yang sedap macam Restoran Sup Tulang Janda Baik.

Waktu terbaik untuk mencuba sup tulang di kedai ini:

Ibu rekemen makan waktu malam, lepas balik pejabat. Maklumlah duduk bandar ni siang hari di hutan batu dah lah panas.

Pekena sup tulang lembu, bertambah panaslah badan. Tu yang risiko kena darah tinggi kencing manis.

Lagipun kedai ni buka sampai 12 malam. Tak de masalah kan.

Alamat: Pudu, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. (Lokasi kedai ni agak tersorok, jadi boleh sesat jika pertama kali sampai sini)

Waktu perniagaan: Kedai ini di buka setiap hari dari ham 11 pagi sampai 12 tengah malam.

Telefon: 017-306 8475

0 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...