in

6 Tempat Makan Best Di Melaka. Kena Cuba!

380 Views
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserList Maker

Open list
6 submissions already

Kalau kita pergi mana-mana, memang tak sah kalau tak cari tempat makan yang best dan unik, bukan? Tak worth it la kalau travel jauh-jauh sambil tengok tempat orang, tapi last-last makan kat McDonalds. Untuk post kali ni, saya akan kongsikan top tempat makan best di Melaka! Jadi, kalau anda datang ke Melaka untuk bercuti ke, datang hantar family masuk U ke, mahupun untuk business travel, ambillah kesempatan ini untuk mengunjungi tempat-tempat best ini!

*Harga makanan dan minuman yang tertera di sini mungkin berbeza dengan harga semasa.

#1 Asam Pedas Claypot Laksamana

Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana terletak di Taman Kota Laksamana, Melaka. Apa yang unik sangat berbanding dengan asam pedas di tempat lain ialah, asam pedas di restoran ini dihidangkan dalam claypot. Restoran ini memang sering menjadi tumpuan ramai pengunjung yang berkunjung ke Melaka. Terdapat pelbagai pilihan asam pedas di restoran ini seperti asam pedas ikan pari, ikan parang, ikan kembung, dan juga daging tetel.

Lokasi: 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka. (Google Maps)

Waktu Operasi: 6:00 PM - 4:00 AM

No. Telefon: +6012-6800790

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 Melaka Food Truck Park

Ini antara pilihan tempat makan di Melaka yang terbaru di perkarangan Melaka Mall. Terdapat 10 Food truck yang akan beroperasi diiringi dengan persembahan santai buskers. Antara pilihan makanan yang terdapat di sana adalah:

  • La Famiglia Pasta
  • N’licious Taco
  • Kebab Melawati
  • Cendol Durian Bachang
  • 8th Street Coffee & Burger
  • Time Out Coffee
  • Nasi Ayam Penyet
  • NFC (Fried Chicken)
  • Waffle Mobile (Pilihan pelbagai dessert)
  • Mirarichgold (Meehun Sup)

Alamat: Food Truck Park, Melaka Mall, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.

Waktu Operasi: 6petang- 12 malam setiap hari

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#3 Medan Ikan Bakar Crystal Bay Alai

Kalau datang ke Melaka, memang tak sah kalau tak cari ikan bakar. Medan Ikan Bakar Alai atau Cystal Bay ini adalah salah satu tempat makan di Melaka yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan pilihan seafood yang segar dan lazat.

Dalam kawasan medan selera ini, terdapat beberapa buah warung dan antara yang terkenal adalah Haji Nasir Ikan Bakar dan Mukmin.

Alamat: Crystal Bay, Sungai Punggur, Alai, Melaka

Waktu Operasi: 6 petang- 12 malam

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#4 Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant

Berdekatan dengan Asam Pedas Claypot Kota Laksamana, Restoran Pak Putra Tandoori & Naan menyajikan hidangan dan lauk-pauk dari resepi India Utara seperti tandoori dan naan. Antara menu yang paling digemari ramai ialah ayam tandoori, roti cheese naan serta lassinya.

Lokasi: Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka (Google Maps)

Waktu Operasi: 5:30 PM - 1:00 AM

No. Telefon: +6012-6015876

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#5 Qasreena Cafe

Qasreena Cafe terletak di Taman Puncak, Bukit Katil, Melaka. Kafe ini mempunyai reputasi yang agak baik dalam kalangan penduduk setempat. Terdapat pelbagai menu yang sedap dan nama makanan yang agak unik antaranya ialah nasi goreng cili api sizzler, nasi goreng seafood portugis armada, nasi goreng ayam bali, dan sebagainya.

Lokasi: 15, Jalan Puncak 2, Taman Puncak Bukit Katil, 75450 Melaka. (Google Maps)

Waktu Operasi:  3:00 PM - 12:00 AM

No. Telefon: +6019-4455463

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 Mee Besen Ori Melaka

Mee besen adalah antara pilihan makanan unik di Melaka. Ia digelar Mee besen kerana saiz hidangannya yang besar. Tapi, jangan takut kalau tak boleh habis, boleh pilih saiz hidangan yang bersesuaian.

Saiz S: RM6.00 (1–2 orang makan)Saiz M: RM10.00 (2–3 orang makan)Saiz L:  RM15.00 (3–4 orang makan)

Selain mee besen, terdapat juga pilihan hidangan ala western seperti chicken chop, spaghetti, meatball & fries. Macam-macam ada!

Alamat: PNo 17, Jalan PNDD 1, Pusat Niaga Durian Daun

Waktu Operasi: 3:30petang – 10:00malam (Hari Isnin tutup)

Facebook: Mee Besen Ori Melaka

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.