in

8 Restoran ‘Western’ Halal,Sedap,Murah Yang Anda Mesti Kunjung Sekitar KL Dan Selangor

Makan tidak mengapa,budaya jangan sekali

753 Views
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserList Maker

Open list
8 submissions already

Di Kuala Lumpur ini, apa sahaja yang tidak ada. Di sinilah tempat berkumpul macam-macam jenis resepi. Nak selera Pantai Timur ada, makanan Arab, makanan Jepun, makanan Korea, Itali, pendek kata macam-macam ada lah.

Sekali-sekala melayan selera tekak yang inginkan makanan bukan Melayu, apa salahnya kan. Sekiranya anda tercari-cari tempat makan Western yang best-best, bolehlah cuba senarai tempat makan Western yang Admin senaraikan ini.

#salt #saltbae #saltlife

Posted by Nusr et on Tuesday, 5 June 2018

#1 Fiske Steakhouse

Saiz hidangan makanan di Fiske Steakhouse bersaiz besar dan lebih daripada berbaloi dengan harganya yang murah. Pemilik restoran ini, Shamsul Kamal dahulunya seorang chef di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, jadi tidak perlu risau dengan kualiti menu yang terhidang di kedai makan ini.

Menu istimewa di Fiske Steakhouse ialah Bread Butter Pudding dengan sos Karamel dihidangkan dengan aiskrim, dan Spagetti Bolognese. Selain makanan barat, Fiske Steakhouse juga ada menjual asam pedas Melaka. Jika anda tak boleh terima makanan mat salleh, bolehlah cuba asam pedas mereka. Dengarnya, boleh tahan sedap! Layari Facebook Fiske Steakhouse untuk info lanjut.

Special Beef Steak: RM16.00, Chicken Chop: RM11.90, Lamb Chop: RM10.00

Alamat: No. K4, Medan Selera AU2 (Jalan AU 2C/6), Taman Desa Keramat, Kuala Lumpur.

Telefon: 017-2121649

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 Toowomba Deli & Meats Steak House

Kedai makan dengan nama yang unik ini antara kedai makan western mampu beli yang memasukkan Wagyu dalam menu mereka. Daging Wagyu adalah bahagian daging terbaik dari baka lembu yang juga terbaik, jadi harganya biasanya adalah mahal. Kalau di Me'nate harga Wagyu ialah lebih RM200 mengikut timbangan. Tetapi di sini, harganya cuma RM110.90 untuk jenis Sirloin dan RM122.90 untuk jenis Ribeye.

Selain dari Wagyu, antara menu istimewa lain ialah Seafood Platter, Steak Sandwich dan Lamb Rack. Layari Facebook Twoowomba Deli untuk info lanjut.

Striploin steak: RM22.90, Chicken Chop: RM18.90, Lamb Chop: RM21.90

Alamat: G 3A PV128 Jalan Genting Klang Setapak, Kuala Lumpur.

Telefon: 03-41319006

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#3 Top Steak House

Apa yang istimewanya Top Steak House ini ialah ia mempunyai sehingga 60 pilihan menu yang boleh anda pilih jika anda berkunjung ke sini. Ramai yang mengatakan rasa pedas sos barbeku pada setiap hidangan di restoran ini memukau selera pelanggan.

Menu di Top Steak House terbahagi kepada lima kategori iaitu ayam, ikan, daging lembu, daging kambing dan hidangan masakan Itali. Kalau anda hendak memesan menu makanan laut pula, tempahan sehari sebelum adalah digalakkan untuk mengekalkan kesegaran makanan. Layari Facebook Top Steak House untuk info lanjut.

Steak Tulang T: RM26.90, Chicken Chop: RM8.90, Mixed Lamb Chop: RM16.90

Alamat: No. 2, Jalan Tasik Utama 10, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur

Telefon: 017-3504055/013-3883891

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#4 Eye’s Steak

Eye's Steak agak baru saja dibuka di Pantai Dalam beberapa bulan lalu. Terletak di Pantai Dalam, antara sajian istimewa mereka ialah Chicken Boxing, Burger Chicken Chicken Chop Bun dan Ribs Eye. Saiz hidangan di restoran ini juga agak besar, memang puas hati kalau makan di sini.

Bagi mereka yang ingin menikmati makanan barat dengan bajet berpatutan, disarankan berkunjung ke sini kerana tagline kedai ini pun "Rasa Restoran, Harga Kedai" menjaminkan yang dompet anda takkan koyak jika menjamu selera di sini. Layari Facebook Eye's Steak.

Beef steak: RM11, Chicken Chop: RM7.50, Lamb Chop (dan nasi): RM13.50

Alamat: GM5-09 & 10, Bazaria Pantai (Jalan Pantai Permai 2), 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Telefon: 017-2563283

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

#5 Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak

Kedai makan Pak Ngah Hilmi ini seperti kecil-kecil cili padi, walaupun kecil namun ramai juga yang turut mencadangkan kedai ini untuk dikunjungi sekiranya teringin nak makan makanan barat. Antara hidangan lain yang terdapat di sini ialah kepak ayam dan bebola daging. Menu di kedai makan Pak Ngah Hilmi ini sangat straight forward, jadi anda tak perlu kerut dahi memikirkan menu apa yang nak dimakan.

Memandangkan kedai makan ini cuma sebuah kedai makan kecil, menu makanan barat yang dijual juga adalah yang makanan barat yang basic iaitu steak. Namun begitu, menu simple ini memang menepati citarasa kedai makanan barat yang kami cari. Layari Facebook Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak untuk info lanjut.

Lamb Steak: RM19.00, Chicken Steak: RM18.00

Alamat: No 43 Jalan SJ 1, Taman Setiajaya, Rawang, Selangor.

Telefon: 012-9332709

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 Big Brother

Ramai yang kata saiz menu di Big Brother ini besar sehingga satu hidangan boleh dikongsi dua orang, dan harganya pula murah. Memang berbaloi kalau makan di sini. Bagi penggemar keju, pasti sukakan makanan di sini kerana mereka tidak lokek dengan keju. Contohnya, dalam sup krim tomato, diletakkan keju untuk membangkitkan lagi kelazatannya.

Big Brother menyajikan menu seperti pemanis mulut Meringue, Breaded Fish, Spagetti dan Nachos. Kesemua menu ini berjaya memikat hati pelanggan dan kerap dicadangkan oleh mereka bagi yang baru hendak berkunjung ke sini. Layari Facebook Big Brother untuk info lanjut.

Steak: RM30.90, Chicken Chop: RM15.90, Lamb Chop Tower: RM20.90

Alamat: No. 3G, 3-1, Jalan 5/20, Pusat Perdagangan Kota Damansara, PJU5, 47810, Selangor.

Telefon: 012-2115190

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

#7 Mr Steak House

Walaupun kedai makan ini lokasinya agak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, tapi ramai yang recommend dan memuji kesedapan makanan barat yang disajikan di sini. Bagi mereka yang tinggal di luar pusat bandaraya, terutama yang tinggal di bahagian Bangi dan Kajang, mungkin boleh cuba Mr Steak House.

Antara menu yang istimewa di sini ialah makanan Itali, makanan pinggan panas (hot plate) dan paling terkini, Grilled Tiger Prawn. Layari Facebook Mr Steak House untuk info lanjut.

Sirloin steak: RM15.90, Chicken Chop: RM8.90, Lamb Chop: RM11.90

Alamat: No. 23-1, Jalan BPP 5/8, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Telefon: 012-4669410

-2 points
Upvote Downvote

submitted by

#8 Western Dwap Barbarian Vape & Grill

Daging yang disajikan di Western Dwap digemari ramai kerana ia mempunyai tekstur yang empuk dan dimasak dengan begitu istimewa. Selain daripada menyediakan menu berbentuk grill, di sini juga terdapat pelbagai pilihan sandwich. Yang menariknya, sandwich ini boleh didapati dalam dua pilihan saiz iaitu Barbarian Sandwich untuk saiz besar, dan Viking Sandwich untuk saiz yang lagi lagi besar. Fuhlamak, kalau makan agaknya kenyang seminggu.

Antara menu istimewa di Western Dwap ialah lima jenis pasta, Bangers and Mashed (sosej), pelbagai pilihan burger dan Wagyu. Harga Wagyu di sini ialah RM128. Layari Facebook dan Instagram Dwap Barbarian untuk info lanjut.

Grill Lamb: RM35.00, Chicken Viking: RM28.00

Alamat: Blok 6, Lot G45, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Telefon: 03-58872644 / 017-6236296

-2 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.