in

6 Restoran Korea Halal Yang kena Anda Cuba, Paling Kurang Sekali

Aneyosayong!!

959 Views
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserList Maker

Open list
6 submissions already

Sekiranya anda mengalami demam k-Pop atau k-Drama, bolehlah melayan demam anda itu dengan berkunjung ke restoran yang menyediakan hidangan Korea pula. Jangan risau, restoran ini semua sah halal Jakim!

#1 Restoran Dubu-Dubu Seoulfood

Lokasi Dubu-Dubu ini mudah kerana ianya berada di dalam Midvalley Megamall (ground floor). Yang menarik untuk dicuba adalah Bibimbab Chicken and Beef Set (RM18.90), Garlic Bulgogi Beef Set (RM20.90), Spicy Udon Set (RM18.90), Spicy Toppokki (RM14.90) dan Pa-Jeon (RM11.50). Jika nak tahu lebih lanjut, boleh layari www.dubudubu.com.my  malah, boleh berkunjung terus ke branch di Berjaya Times Square dan One Utama.

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 Restoran Bulgogi Brothers

Apa yang menariknya mengenai restoran Bulgogi Brothers ini, setiap hidangan akan disertakan dengan hidangan sampingan (banchan) dan juga minuman percuma (mereka mempunyai beberapa jenis teh yang berbeza iaitu teh jagung, gandum kuda dan beras perang yang ditukar setiap hari ) dan bahagian hidangan sangat banyak (satu hidangan boleh makan dua orang).

Menu yang wajib anda cuba ialah Dak Galbi Bulgogi, Kimchi Jjigae, Haemul Pajeon, Haemul Doenjang Jjigae dan pelbagai lagi. Bulgogi Brothers terdapat di The Curve dan Paradigm Mall.

Nombor telefon:

03-7727 2257 (The Curve)

03-7887 3541 (Paradigm Mall)

Waktu perniagaan:

11.30 AM – 10.30 PM

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#3 Restoran Gangnam Station

Restoran ini di usahakan oleh En Samsuddin Abd. Aziz dan terletak berdekatan Stadium Shah Alam dan bersebelahan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Menariknya ialah restoran ini pakar dalam masakan Bulgogi. Yang best ialah Sundubu Jjigae, Tteokbokki Rice Cake, Bulgogi. Gangnam Station juga pernah memasuki program makanan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan.

Lokasi:

Shah AlamG36, Block 5, Laman Seri Business Park, Jalan Persiaran Sukan, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor

Tel: +60 3-5887 0426

GPS:3.092364, 101.543930

Waktu operasi: setiap hari, 11:30 pagi hingga 10:30 malam

SubangThe 19 USJ City Mall, Jalan Persiaran Kewajipan, USJ 19, Subang Jaya, 47620 Subang Jaya, Selangor.

GPS:3.032183, 101.588678

Waktu operasi: setiap hari, 10:00 pagi hingga 10:00 malam

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#4 Restoran Sweetree

Apa yang menarik di Sweetree, Ampang sehingga program makanan TV3 Jalan-Jalan Cari Makan sudah sampai ke sini. Seperti biasa makanan Korea di sini halal dan mempunyai pelbagai pilihan. Portion juga besar untuk makan satu keluarga. Antara yang sedap ialah Jjam Bong, Ja jang Myun, Bul Go Gi, Spring Onion Pancake, Yuk Gye Jang dan pelbagai lagi.

Lokasi:No.13, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, Ampang, Selangor

Tel :+60 3-4287 4685

GPS:3.150511, 101.750489

Waktu operasi: setiap hari, 10:30 pagi hingga 11:00 malam

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

#5 Restoran Seoul Garden

Seoul Garden merupakan antara perintis yang mempopularkan bbq dan steamboat ala korea halal di Malaysia. Menawarkan pakej dengan harga berpatutan, Seoul Garden berkembang dengan pantas di seluruh Malaysia.

Ia merupakan restoran halal yang menyediakan bbq dan menu stimbot. Restoran ini menyediakan gaya bufet dengan meyediakan pelbagai pilihan makanan seperti daging lembu, daging kambing, makanan laut dan juga sayur-sayuran segar.

Outlet Seoul Garden di sekitar Lembah Klang terdapat di 1 Utama, IOI City Mall, Sunway Pyramid, The Mines, Paradigm Mall, IOI Mall, KL Festival City, Setapak Sentral, Setia City Mall, Sunway Putra Mall, Star Avenue Shah Alam, Aeon Shah Alam dan Melawati Mall.

Waktu perniagaan:

11.30 AM – 10.30 PM

Facebook:

https://www.facebook.com/SeoulGardenMalaysia/

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 Restoran Mr.Dakgalbi

Pernah dengar tentang Mr. Dakgalbi? Restoran ini menyediakan Korean Grilled Chicken & Teppan Fried Rice. Ramai yang menyukai ramen di sini. Dakgalbi sendiri adalah nama makanan yang popular di Korea. Menu Dakgalbi ini lengkap dengan ayam yang diperap, kobis, kentang, serbuk cili & kek nasi.

Nak cuba Mr. Dakgalbi, anda boleh pergi ke Solaris Mont Kiara, SetiaWalk Puchong, Citta Mall, Tropicana City Mall, Setapak PV128, , Setia City Mall, Publika Shopping Gallery, Subang SS15 Courtyard, OUG Pearl point, MyTown Shopping Centre dan IOI City Mall.

Waktu perniagaan:

11.00 AM – 10.00 PM

Facebook:

https://www.facebook.com/mrdakgalbikl/

Instagram:

https://www.instagram.com/mrdakgalbimy/

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.