in

7 Restoran Arab Lazat ‘Ber-Cream’ Di Sekitar Semenanjung Yang Perlu Anda Cuba, Paling Kurang Sekali

Sebelum anda datang ke kedai-kedai ini, make sure perut anda semua memang betul-betul tengah lapar sebab hidangan makanan mereka untuk satu orang mungkin bersamaan dengan dua orang makan.

254 Views
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserList Maker

Open list
7 submissions already
restoran arab

Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan Umrah atau Haji, pasti pernah merasai keenakan nasi Arab di sana. Rasa kambing dan daging di sana sangat berlainan dengan di Malaysia. Apabila terimbau kenangan di Makkah & Madinah, pasti rindu untuk makan nasi Arab yang sunguh lazat.

Bagi yang tidak pernah mengerjakan Umrah atau Haji, cubalah sekali. Pasti mahu lagi!

Mungkin kerana masakan arab ini tidak terlalu jauh bezanya dengan masakan Melayu dan India serta amat mengenyangkan.

Sentimen bahawa makanan timur tengah ini datang daripada negara-negara Islam membuatkan orang-orang Malaysia tidak ragu-ragu tentang status halalnya. Malah tulisan jawi arabnya juga mampu meraih perhatian kita bahawa makanan ini nampak begitu Islamik.

Selain daripada nasi arab, hidangan timur tengah juga meliputi pelbagai menu bermula daripada kebab sehinggalah kepada baklava. Malahan nasi arab itu sendiri terdiri daripada beberapa menu yang berbeza.

Berikut adalah beberapa  restoran Arab yang direkomendasi kepada MakanHunters sekalian untuk cuba paling kurang sekali.

P/S: MakanHunters sekalian,jom share list restoran Arab kegemaran anda. Sharing is caring 😃

#1 Nasi Arab Al-Mikraj

Jika anda hendak mencuba nasi arab di sini, anda wajib untuk mencuba nasi arab mandy, nasi arab kabsah dan juga ayam panggang berempah mereka.

Pada yang rasa nak singgah untuk makan lunch ataupun dinner, boleh la makan di kedai ini untuk merasai makanan-makanan yang sedap dan juga murah.

Kedai ini terletak berhampiran dengan Maybank Bandar Baru Nilai dan di buka setiap hari kecuali pada hari Isnin.

2 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 Al Rawsha Restaurant, Jalan Kampung Pandan

Restoran Al Rawsha beroperasi 24 jam sehari / 7 hari seminggu, sememangnya tempat yang menarik untuk keluarga dan sesuai juga untuk tempat perbincangan bisnes. FREE WiFI turut disediakan di sini. Dimaklumkan Restoran Al Rawsha ini turut membuat penghantaran sekitar Kuala Lumpur. Apa yang sedap di sini? Anda boleh mencuba Hummus Mthawam, Chicken Mandy di Al Rawsha, Lamb Kebabdan juga minuman Arab Mint Tea.

LOKASI – Al Rawsha Restaurant, No 8, Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#3 Naab Restaurant, Bukit Bintang

Kami cadangkan anda cuba di Naab Restaurant , Jalan Bukit Bintang. Di Naab Restaurant ini, mereka menyediakan makanan dari Parsi iaitu dari salah satu wilayah yang terletak di Timur Tengah. Lokasi Naab Restaurant terletak bersebelahan dengan hotel Grand Millenium. Makanan Parsi adalah sangat  ringan dan berkhasiat dengan warna-warna rempah, sayuran dan bijirin sememangnya membuka selera. Bagi yang teringin merasai masakan ala parsi untuk berbuka puasa, boleh la singgah ke Naab Restaurant. Paling sesuai bagi mereka yang penat membeli belah di Bukit Bintang, restoran ini sangat hampir dengan anda.

LOKASI – Naab Restaurant130 Jalan Bukit Bintang55100 Kuala LumpurMalaysia+603 2143 3949

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#4 Taj Hadramawt Restaurant, Setapak

Taj Hadramawt Restaurant, Taman Melati. Kedai ni terletak di dalam daerah Setapak dan bersebelahan dengan MRR2. Apa yang patut anda cuba? Lamb Madghout 1Kg, Chicken Madghout 1Kgdan Chicken Mendy tetapi di sini punyai pelbagai pilihan yang boleh anda cuba. Mengikut kepada review orang ramai, harganya sangatlah berpatutan dan bersesuaian dengan kualiti makanan dan layanan yang diberikan.

LOKASI – No. 45G, Taman Melati Utama, Setapak, 53100 Kuala Lumpur

Telefon: 03-4106 3323. Facebook Taj Hadramawt

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#5 Restoran Zam Zam, Sek 9, Shah Alam

Restoran Zam Zam di Seksyen 9, Shah Alam. Restoran Zam Zam ini mempunyai bangunan sendiri dan berdiri gah di belakang deretan kedai di Seksyen 9, Shah Alam. Betul-betul terletak berhadapan dengan Klinik Paedratik Adek. Di sini antara yang menarik ialah Lamb Mandy, Mixed Grill, Arabic Salad, Muhalabia, Chicken Mandy. 

LOKASI – Restoran Zam Zam1, Jalan Tengku Kompleks Oasis 9,Ampaun Zabedah G/G, Seksyen 9,40100, Shah Alam, Selangor

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#6 Wadi Hadramawt, Jalan Ampang

Lokasi betul-betul di depan Lanson Place dekat Jalan Ampang, tempat letak kereta tiada masalah kerana sentiasa cukup. Anda boleh cuba Lamb Mandy Rice, Lamb Haneeth Rice, Chicken Mandy Rice, Mix Grille, Hummus, Baba Ghanouj, Tabbouleh, Mutabbel, Salads, Fattoush dan juga Warak Ainab

LOKASI – Wadi Hadramawt, 226 Jalan Ampang, Kuala Lumpur

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#7 Restoran Nasi Arab Taif

Nasi Arab Ta’if Kota Damansara. Lokasi senang sahaja, bertentangan dengan Giant Kota Damansara. Walaupun restoran ini simple dan kecil tetapi ternyata makanannya sungguh sedap dan harga berpatutan malah portion agak besar dan cukup mengenyangkan. Anda boleh mencuba Chicken Mandi, Lamb Mandi dan juga minuman Teh Arab.

LOKASI – Nasi Arab Ta’if43 Jalan PJU5/20E, The Strand,Dataran Sunway, Kota Damansara47810 Petaling Jaya

0 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.