6 'Port' Hipster Sedap Di Bangi Yang Anda Kena Cuba!

1,360 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserList Maker

Open list
6 submissions already

Selain dikenali sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia juga terkenal dengan kelazatan makanan-makanannya. Pendek kata, semuanya sedap!

Tak payah pergi jauh, di sekitar Lembah Klang sahaja korang boleh menikmati pelbagai hidangan lazat. Kali ini kami nak kongsikan beberapa ‘port’ makan menarik di Bangi yang korang wajib singgah!

Jadi kepada food hunters sekalian, apa tunggu lagi? Jom ajak keluarga dan kawan-kawan ke syurga makanan di Bangi!

#1 Denali and Pinnacles The Wanderer’s Cafe

Dikhabarkan sebagai kafe rooftop tercantik di Bangi, kafe hipster ini menggunakan konsep dekorasi Bohemian yang pasti memberikan suasana yang tenang kepada pengunjung.

Sambil melihat pemandangan yang cantik, anda juga disajikan dengan pelbagai menu yang menarik dengan harga berpatutan seperti pasta Spicy Provencal Linguine, Peruvian Chicken, Tenderloin Beef Skewers serta burger yang besar dan juicy. Jadi tak hairanlah kalau kafe ni sentiasa pack dengan pelanggan.

Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, Off Jalan 3/70, Bandar Baru Bangi

Status: Halal

Waktu Operasi: 5 petang - 2 pagi (Rabu - Isnin)

Tutup setiap Selasa

No. Telefon: +603-89125936

Dapatkan maklumat lanjut di Instagram.

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#2 Tuah Cafe

Kafe ini sesuai untuk anda yang ingin lepak sambil menjamu selera bersama keluarga dan kawan-kawan dalam suasana yang chill. Dekorasi kafe ini menambahkan mood yang santai tetapi hipster dengan dinding yang berwarna hitam, ditambah pula dengan cahaya lampu yang malap.

Harga menu di sini amat berpatutan, sesuai dengan setiap rasa hidangan yang disajikan. Antara menu pilihan pengunjung ialah Crispy Chicken Pasta, Butter Chicken dan Crazy Nachos. Anda juga boleh order aiskrim sebagai pencuci mulut.

Alamat: No. 20, Jalan7/1C, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi 

Status: Halal

Waktu Operasi: 

5 petang - 2 pagi (Jumaat - Rabu)

Tutup setiap Khamis

No. Telefon: +6017 336 4893

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#3 Jigar Cafe

Bagi yang lebih sukakan masakan tempatan, menu di Jigar Cafe ini pasti menggamit selera. Antara hidangan menarik di sini termasuklah Sup Tulang Merah dan Mee Goreng. Kopi dan desserts turut disediakan. 

Alamat: 1-15-1 Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Sentral

Status: Halal 

Waktu Operasi: 

11 pagi - 11 malam (Isnin - Khamis)

11 pagi - 11.30 malam (Sabtu) 

12 tengah hari - 11 malam (Ahad)

Tutup setiap Jumaat

No. Telefon: +603 8922 08669

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#4 QNA Republic Cafe

QNA Republic Cafe pula menyediakan kedua-dua hidangan tempatan dan Western untuk menepati pelbagai jenis cravings pengunjung kafe ini. Antara hidangan menarik di sini termasuklah Nachos, Garlic Butter Chicken Wings, dan Eggs Benedict. Masakan tempatan seperti Asam Pedas dan Masak Lemak turut disediakan.

Alamat: 23, Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Status: Halal

Waktu Operasi: 9 pagi - 8 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 8922 0232

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#5 Little White Cafe

Mengidam desserts? Pilih daripada pelbagai jenis manisan yang disediakan di Little White Cafe, daripada macarons kepada pancakes. Yang istimewanya di sini, kesemua hidangan dimasak from scratch menggunakan bahan-bahan berkualiti. 

Alamat: 13-G-1, Jalan Medan PB 4A, Seksyen 9. Bandar Baru Bangi

Status: Halal

Waktu Operasi: 

11 pagi- 10 malam (Selasa - Khamis; Sabtu & Ahad)

3 petang - 10 malam (Jumaat) 

Tutup setiap Isnin 

No. Telefon: +603 8211 5369 | +6019 675 8358 (WhatsApp) 

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram.

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 The Caravan Cafe

Kafe comel bermotif floral ini pasti digemari sesiapa yang mengidam sepotong kek bersama secawan latte. Pilih daripada pelbagai perisa, termasuklah Caramel Latte Cake, Mango Cheesecake, dan Belgian Chocolate Fudge. Hidangan yang lebih berat seperti pasta pun ada disediakan.

Alamat: 15-G-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Status: Halal

Waktu Operasi: 

11 pagi - 11 malam (Isnin - Khamis)

12 tengah hari - 10.30 malam (Selasa - Khamis, Ahad)

12 tengah hari - 11 malam (Jumaat & Sabtu)

Tutup setiap Isnin

No. Telefon: +603 8211 3909

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram.

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...