7 Pengajaran Yang Boleh Kita Dapati Dalam Perjalanan Hidup ‘Owner’ Restoran Rebung

281 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserList Maker

Open list
7 submissions already

Chef Ismail berkongsi pengalaman dan hikmah di dalam dunia  perniagaan restorannya iaitu Restoran Rebung yang terletak di Bangsar Park, Kuala Lumpur…

 

P/S: Sementara itu jom layan Chef Ismail payung Mee Goreng Melayu

#1 Ikhlaskan Hati Kepada Yang Esa

"Bila berniaga buatlah dari hati. Kerja mesti ikhlas, barulah ada kepuasan, dik. Ada beza antara berniaga dari hati dengan dari otak. Bila berniaga dari hati barulah kita tahan lama bila berniaga. 

Sebab bila kita buat apa yang kita betul-betul suka barulah ada keseronokan. Dapat duit sikit pun kita akan buat juga. Kalau berniaga dari otak apa-apa yang kita buat cuma sebab nak duit banyak saja."

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#2 Kebebasan Dan Disiplin

"Sebab apa saya suka berniaga? Kebebasan. Saya bukan dari keturunan orang berdagang, keluarga saya tak ramai yang berniaga. Tapi saya dari kecil sudah biasa bermain di kedai Mak Andak saya.

 Dari situ sudah timbul minat yang satu hari nanti saya mesti buka kedai sendiri. Kebebasan bukan saja dari segi masa -- berniaga juga membuka ruang yang lebih besar untuk kita membantu orang."

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#3 Doa Itu Pelaris Dan Rahsia Kejayaan

"Rahsia kejayaan saya ialah doa. Doa itu pelaris. Tiap-tiap hari saya tak pernah terlepas berdoa untuk kejayaan perniagaan saya. Doa bukan di waktu solat saja. Saya didik pekerja-pekerja saya supaya berdoa sebelum mula buat apa-apa kerja sekalipun. 

Nak pergi pasar doa, nak potong ayam doa. Mesti kena ada aura antara kita dengan perniagaan kita. Kaitan kerohanian tu penting. Kita mesti rasa seolah-olah restoran tu adalah anak kandung kita."

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#4 Pelanggan Selalunya Betul

"Pelanggan sentiasa betul, tapi kita juga tak pernah salah. Maksudnya, kita berusaha buat apa yang kita rasa pelanggan mahu, tapi kadang-kadang pelanggan tu sendiri tak tahu apa yang mereka mahu jadi kita kena juga masukkan apa yang kita rasa mereka akan suka. 

Buatlah supaya restoran kita itu lain sikit dari orang lain. Untuk ini perlu memahami citarasa pelanggan. Kena buat tinjauan pasaran dulu sebelum mula, bukan boleh buat suka-suka saja!"

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

#5 Sanggup Dan Bersungguh-Sungguh

"Kalau nak berniaga tak perlu ada sijil, dik. Itu semua mungkin penting untuk pengurusan, tapi bagi saya dalam perniagaan pendidikan cuma 30%. Yang paling penting, mesti sanggup turun padang.

Tapi jangan pula ingat nak berniaga restoran ni kena pandai masak saja! Semua selok-belok perniagaan kita kena tahu, dari kewangan sampai ke pengambilan stok.

Kalau tak tahu kenalah rajin memerhati orang lain."

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 Buka Minda Kita

"Sentiasalah biarkan minda kita terbuka. Ilham boleh datang dari pelbagai sudut -- kadang-kadang pekerja kita pun ada ilham yang baik. Jadi biasakan mendengar. 

Saya juga suka berjalan-jalan untuk mengembangkan pemikiran. Kalau tak ada masa nak melancong betul-betul pun, saya banyak membaca majalah-majalah pelancongan."

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

#7 Hargailah Apa Yang Anda Ada

"Anggaplah restoran kita tu, tak kira kecil atau besar, macam restoran 5 bintang. Setiap restoran mesti ada carta organisasi, supaya pekerja-pekerja akan merasa mereka dihargai dalam organisasi tu. 

Dan juga, mesti ada borang laporan harian. Cuci tandas ada borang, stok makanan ada borang, jumlah makanan yang tak habis pun kena ada borang. 

Tiap-tiap minggu kami akan semak semula dan buat perubahan mana yang perlu. Bila ada laporan begini barulah kita betul-betul boleh mengawal perniagaan kita."

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...