in

3 Lokasi Terbaik Untuk Si Kaki ‘Lobster’ Yang Dah Lama Tak Merasa

Biar otak udang, jangan otak kuning!

185 Views
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserList Maker

Open list
3 submissions already
kek lokal

Kamu gemar makanan laut atau lebih spesifik lagi udang karang? Ini restoran pilihan Admin yang menawarkan sajian lobster hebat dengan harga berpatutan. Memang demam lobster!

Sebelum tu jom layan video Chef Gordon Ramsay menyediakan lobster, taraf Mitchellin

#1 Steaks & Lobsters

Jika pasangan kamu alah pada makanan laut, kamu boleh kunjungi Steaks & Lobster kerana restoran ini menghidangkan dua sajian utama iaitu stik dan udang karang. Si dia boleh memilih daripada pelbagai rangkaian daging lembu antaranya Aussie grass-fed, Angus grain-fed atau wagyu.

Semua sajian stik dilengkapi hidangan sampingan yang boleh ditambah semula seperti salad kentang, kentang goreng, sayur-sayuran, coleslaw dan pelbagai jenis sos. Si dia dijamin pulang ke rumah kekenyangan dan gembira! Berbeza pula dengan sajian udang karang, kamu boleh cuba Lobster Pesto Pasta di mana seekor udang karang digunakan untuk setiap hidangan ini.

Jika kamu suka berkongsi, bolehlah pesan Steaks & Lobster 4-Sampler Platter. Dalam hidangan ini terdapat kupang, sotong, chicken wingdan lobster cake berserta sos. Memang sedap!

Alamat: 42, Jalan 24/70a, Desa Sri Hartamas, Kuala LumpurWaktu

Operasi: 5.30pm – 12am

1 point
Upvote Downvote

submitted by

#2 Pince & Pints

Jika kamu peminat setia udang karang, kunjungan kamu ke sini pasti tidak menghampakan kerana setiap hidangan menyajikan seekor lobster dengan anggaran berat 600 gram hingga satu kilogram. Menu lobster di Pince & Pints agak terhad tetapi ia mementingkan kualiti dalam setiap hidangan.

Apa yang istimewa di sini? The Lobster Roll pasti buat kamu di awang-awangan dengan kombinasi sos garlic aioli serta perahan lemon. Untuk sajian Live Whole Lobster, kamu boleh pilih cara udang karang dimasak sama ada panggang atau rebus.

Sajian ini dihidang bersama salad, kentang goreng dan sos mentega herba. Sajian signature dari Singapura iaitu Chilli Lobster menggunakan ramuan seperti tomato roma, cili, serai, bawang putih dan telur untuk sos, cukup sesuai dimakan bersama roti kukus mantou.

Setiap hidangan berharga RM158. Untuk minuman,  dicadangkan minuman khas iaitu Bangsar Mule gabungan jus oren, limau nipis, pudina dan sirap halia. Sangat refreshing!

Alamat: 32, Jalan Telawi 5, Bangsar Baru, Kuala LumpurWaktu

Operasi: 5pm – 11pm

0 points
Upvote Downvote

submitted by

#3 The Red Lobster

Untuk pembuka selera, apa kata kamu cuba Lobster Bisque iaitu sup udang karang bersama garlic bread. Teksturnya cukup mewah kerana kepekatan udang yang telah dicincang. Selain itu kamu juga boleh cuba Lobster Pizza yang jarang dihidang di restoran sebegini.

 

Rotinya rangup serta tipis dan kombinasi isi udang, keju mozarela, daun selasih serta tomato segar menjadikan rasanya cukup serasi. The Red Lobster juga menawarkan Island Seafood Feast iaitu hidangan platter yang boleh dikongsi ramai.

Dalam hidangan ini terdapat ekor udang karang, kaki ketam, dan udang yang boleh kamu cicah bersama mango pineapple salsa. Untuk minuman, cuba moktel enak seperti Bay Breeze, Blue Hawaiian, dan Mango Mai Tai.

Alamat: G-17, The Intermark, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11am – 10pm

0 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...




  • PENAFIAN: Semua hasil penulisan di laman web ZINE ini adalah hak milik penulis dan ZINE kecuali dinyatakan. Anda perlu mendapat kebenaran daripada penulis dan pihak ZINE sekiranya anda ingin menyalin kandungan artikel ini ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari penulis asal dan ZINE dibenarkan dengan syarat tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat dan kesilapan maksud dari penulisan asal. Pihak ZINE sentiasa menghormati hak milik dan hak cipta pihak lain, termasuk artikel, gambar, muzik, video atau bahan lain yang digunakan dalam artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah, laporan, kesilapan kandungan, hakcipta atau pertanyaan mengenai artikel ini, sila gunakan borang laporan dengan klik butang 'REPORT CONTENT'.