6 Kedai Makan Halal Yang 'Ummph' Di Singapura

6,534 Views in
Years Of MembershipCommunity ModeratorVerified UserList Maker

Open list
6 submissions already

ANDA mungkin pernah berdepan masalah untuk mencari restoran atau gerai yang menjual makanan halal terutama ketika melancong.

Namun semua itu tidak lagi menjadi masalah kerana dalam entri  kali ini, kami nak kongsikan beberapa restoran menarik yang boleh anda kunjungi tanpa perlu was-was jika bercuti ke negara jiran kita.

#1 Restoran ZamZam

Selain menawarkan destinasi-destinasi keriangan, Singapura juga cukup terkenal dengan aneka juadah yang tersendiri.

Antara kudapan ringkas yang menjadi pilihan ramai ketika berkunjung ke Kota Singa  adalah murtabak Zam Zam.

Saiz murtabak yang besar, tebal dan padat dengan isi, ditambah pula dengan keju Mozarella yang meleleh membuatkan peminat makanan itu menjadi tidak keruan!

Lebih menarik, anda boleh memilih untuk mencuba murtabak daging rusa, murtabak daging kambing atau ayam.

 

Kebiasaannya murtabak daging rusa yang menjadi kegemaran pengunjung di sini.

Selain murtabak, restoran India Muslim yang tertua di Singapura ini juga turut menyajikan aneka beriani yang sememangnya umphhh!

Harga: $5 - $20 (bergantung jenis murtabak)Lokasi: 699 North Bridge RoadWaktu Operasi: Dibuka setiap hari (7 pagi - 11 malam)

submitted by

#2 Dim Sum Palace

Dim Sum adalah tempat yang ‘perfect’ kalau anda berminat nak makan Dim Sum Kantonis yang halal. Selalunya, dekat kedai ini pengunjung akan order classic Carrot Cake, traditional egg tarts dan juga Siew mai versi halal.

Alamat : 791 North Bridge Road, Singapore 198759

Waktu Operasi : Isnin – Khamis, Ahad : 11am – 2.30pm, 5.30pm – 11pm. Jumaat & Sabtu : 11am – 2.30pm, 5.30pm – 5am.

submitted by

#3 Muthu’s Curry

Jika anda peminat kari kepala ikan masakan India, anda wajib ke Muthu's Curry Restoran yang terletak di Race Course Road, Singapura.

Menariknya di sini adalah rasa kuah kari yang lemak berkrim dengan rasa rempah-ratus dan ramuan lain diimport khas dari India yang begitu nikmat.

Yang penting, ikan yang digunakan juga sangat segar!

Psss! Kari kepala ikan ini mungkin nampak ringkas, tetapi rasanya sangat enak.

Saiz hidangannya yang besar menjanjikan sesi makan yang betul-betul memuaskan.

Lokasi: 138 Race Course RoadWaktu Operasi: Dibuka setiap hari (10.30 pagi - 10.30 malam)

submitted by

#4 Ridhuan’s Muslim Delights

Kedai makanan halal Ridhuan ni sememangnya syurga makanan halal bagi anda yang sudah sebati dengan selera Asia Tenggara. Terletak di kawasan industri Tuas, Ridhuan’s Muslim Delights menyediakan hidangan tradisional Cina seperti Dry Chili Beef Rice, Salted Egg Chicken Rice dan banyak lagi menu halal.

Alamat : 25 Benoi Road, Singapore 629914

Waktu Operasi : Isnin – Jumaat  : 10.30am – 06.30pm (tutup pukul at 1 – 2pm untuk solat Jumaat) Sabtu : 9.30am – 2.00pm

-1 points
Upvote Downvote

submitted by

#5 Restoran Mamanda

Tidak dinafikan, rata-rata makanan yang terdapat di Singapura merupakan makanan lazim yang boleh didapati di Malaysia.

Namun sebenarnya makanan Melayu di Singpura memiliki rasa tradisinya yang tersendiri yang tidak boleh didapati di tempat lain!

Jika anda inginkan masakan Melayu tradisional bolehlah berkunjung ke Restoran Mamanda.

Berkonsepkan 'fine dining' dengan mengetengahkan masakan warisan Melayu tradisional, Mamanda pilihan terbaik!

Di sini anda disarankan mencuba Nasi Tumpeng!

Kebiasaanya menu ini dihidangkan dalam talam dengan nasi kunyit dibentukkan seperti piramid bersama enam jenis lauk seperti sambal udang, ayam berempah, rendang daging, tempe goreng, bergedil, sambal belacan dan sambal telur puyuh.

Fuhhh! Memang padu!

Lokasi: 73 Sultan Gate, Singapore 198497Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (8 pagi - 10 malam)

-2 points
Upvote Downvote

submitted by

#6 The Halia, Singapore Botanic Gardens

Lokasi kafe ini terletak di tapak warisan dunia UNESCO. Restoran ini sudah dibuka sejak 16 tahun lalu dan seringkali menjadi lokasi yang wajib dikunjungi setiap kali bercuti di Singapura.

Banyak menu baru yang ditambah setiap tahun, termasuklah Cauliflower dan Shallot Bake. Satu lagi hidangan yang terkenal di sini adalah Chilli Crab Spaghettini.

Alamat : 1 Cluny Road, Ginger Garden, Singapore 259569

Waktu Operasi : Isnin – Khamis: 12pm-9.30pm, Jumaat : 12pm-10pm, Sabtu : 10am -10pm, Ahad & Cuti Umum : 10am – 9.30pm.

-2 points
Upvote Downvote

submitted by

Add your submission

Image Text Embed

This field is required

Drop Images Here

or

You don't have javascript enabled. Media upload is not possible.

Get image from URL

Maximum upload file size: 2 MB.

Processing...

This field is required

e.g.: https://www.youtube.com/watch?v=WwoKkq685Hk

Supported services:

Processing...