in

Ipoh dan Makanan Cina Halal

1,090 Views
Story MakerYears Of Membership

1. Restoran New Hollywood

Mencari makanan Cina lokal yang halal di Ipoh adalah suatu hal yang sedikit susah. Jadi jika anda berpagi-pagian di Ipoh, restoran ini boleh menjadi pilihan anda

Restoran ini merupakan sebuah foodcourt yang kecil dan mempunyai banyak kedai-kedai makanan Cina halal yang menyediakan pelbagai jenis sajian. Antara menjadi kegemaran para pengunjung ialah Chee Cheong Fun, yang hadir dengan isi udang atau ayam, Char Kuey Teow, Mee Kari dan Chakoi.

https://www.instagram.com/p/BJWpEhQhfPm/

Kredit kepada: @nitahamdan

Di sana juga terdapat juga makananWestern  dan Nasi Kandar. Jangan lupa untuk merasai kopi Hainan yang dihidangkan dengan old style cawan dan piring. Layan weh!

Alamat: 38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 4:00 petang. Tutup pada hari Isnin.

2. Nasi Kandar Kedai Kopi Yong Suan

Kedai ini merupakan salah satu kedai Nasi Kandar terbaik yang terdapat di Ipoh. Walaupun dah habis makan berjam-jam lamanya, tangan masih bau kari ‘kaw’ nasi kandar. Phew!

https://www.instagram.com/p/BN5xGEZDhgJ/

Kredit kepada: @amizazhr

Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Haaa ni lah kedai yang menyediakan sajian ini. Kenapa nama jadi Nasi Ganja? Sebabnya ialah pelanggang akan datang balik mengunjungi kedai ini untuk makan Nasi Kandar. Yang uniknya, kedai ini terletak di kawasan kedai kopi Cina dan diusahakan oleh India Muslim sejak 1956. Kedai ini berusia 61 tahun.

https://www.instagram.com/p/BFqbS4wlj84/

Kredit kepada: @zailanjailani

Jangan berputus asa dengan pelanggan lain yang beratur panjang. Mereka nak take-away je.

https://www.instagram.com/p/BQpLRgtlmLJ/

Kredit kepada: @lela_rahman

Alamat: Yong Suan Coffee Shop, 2, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 6:00 petang.

3. Laksa Telur Goreng Bersarang, Cafe Setinggan

Penggemar laksa, apakah ini? Mari kami terangkan. Laksa ini dihidangkan dengan laksa yang dihasilkan sendiri, kuah laksa dan yang istimewanya di sini ialah telur goreng yang berbentuk sarang burung. Makanya, jadilah nama Laksa Telur Goreng Bersarang. Ngerti?

https://www.instagram.com/p/BQcVP1MjB4c/

Kredit kepada: @farah_waheda

Di samping pelbagai jenis sajian kampung disediakan, terdapat juga pelbagai jenis air disediakan di sini. Roti pau(roti kukus) pun ada.

https://www.instagram.com/p/BFGB1kgLD6e/

Kredit kepada: @lenaarshad

Alamat: Jalan Margosa D/8 Jalan Margosa D/8, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 7:00 petang. Tutup pada hari Jumaat.

4. Nasi Lemak di Nelli’s Deli

Nelli’s Deli menyediakan pelbagai jenis sajian Western, bermula dengan English Breakfast Set, Fish n’ Chip dan pelbagai lagi. Tetapi Nasi Lemak di sini merupakan signature dish  mereka yang menjadi daya tarikan para pelanggan. Sedikit mahal untuk sepinggan Nasi Lemak, akan tetapi anda akan berpuas hati dengan seketul ayam goreng yang besar, sambal sotong dann sambal udang dan home-made nasi lemak.

Satu lagi hidangan popular untuk dicuba ialah Nasi Ulam mereka dengan Ayam Goreng, digoreng dengan herba tempatan. Untuk snek, anda boleh mencuba udang dan ikan bilis celup tepung.

https://www.instagram.com/p/BIjskGagfZx/

Kredit kepada: @wrenthrazelth

Jangan lupa mencuba churros sebagai pencuci mulut!

Alamat: No 99 Jalan Sultan Yusof, Ipoh

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang, Selasa-Ahad (last order pada jam 5 petang)

5. Tau Fu Fah Drive-Thru di  Funny Mountain Soya Bean

Kedai ini ialah Tau Fu Fah Drive-Thru pertama di Malaysia dan anda wajib singgah ke sini jika berada di Ipoh. Anda boleh menghirup kuah gula merah/putih Tau Fu Fah di sebelah kedai(psst.. selalunya penuh) atau anda boleh pesan melalui drive-thru kedai ini.

https://www.instagram.com/p/BM6-0ipBKcS/

Kredit kepada: @baoandbao

Makan dalam kereta atau pun anda boleh take away!

https://www.instagram.com/p/BNQfpKzAdrf/

Kredit kepada: @aredwi

Di sini terdapat juga susu soya segar dan soya cincau (terbaik!). Sedap untuk di minum pada hari yang panas terik. Home-made.

https://www.instagram.com/p/3nXaYVMsIt/

Kredit kepada: @pinkyverna

Alamat: 49, Jalan Theatre, 30300 Ipoh

Waktu Operasi: 10.30 pagi – 6 petang/ sampai habis. Tutup pada hari Selasa.